- Lain-lain
Industri Hanfu Berkembang Pesat di Caoxian, Shandong
Dengan memanfaatkan wadah niaga e-dagang, industri Hanfu di kaunti Caoxian, provinsi Shandong telah memperlihatkan perkembangan pesat pada tahun-tahun mutakhir ini.
Hari ini, Caoxian menyumbang kepada 40 peratus jualan Hanfu seluruh China, sekali gus menjadikan kaunti yang terletak di bandar Heze ini hab pengeluaran terbesar bagi busana yang secara tradisinya dipakai oleh etnik Han.
Ketika ini, Caoxian merupakan tempat bertapak bagi lebih 2,000 syarikat yang terlibat dalam perniagaan Hanfu dan lebih 13,000 kedai Hanfu yang beroperasi atas talian. Pada 2023, jualan Hanfu di kaunti itu mencecah RMB7 bilion (USD983 juta), dengan hampir 100,000 individu terlibat dalam industri Hanfu.
Industri Hanfu di Caoxian juga semakin menarik minat penduduk tempatan. Ramai wanita yang sebelum ini hanya tinggal di rumah untuk menjaga anak-anak dan orang tua, kini menghasilkan Hanfu sebagai sumber pendapatan.
"Kami telah menggaji orang tempatan dan melatih mereka untuk menjadi pekerja mahir," kata Gao Yan, ketua bahagian pengeluaran di Caoxian Yunmu Apparel Co., Ltd.
Caoxian turut mengendalikan sebuah pusat penstriman langsung khusus untuk mempromosikan Hanfu. Dewan pameran pusat itu mempamerkan hampir 4,000 jenis Hanfu, serta mempunyai 40 bilik penstriman langsung.
Kewujudan fasiliti tersebut telah menarik 15 hos strim langsung setakat ini, yang jumlah jualan harian mencecah kira-kira RMB250,000.
- Jalan-jalan Bandar: Terokai Kehidupan di Bandar Pantai Xiamen
- Bas Tenaga Baharu China Beroperasi di Garisan Artik
- Selami Perjalanan Bunyi di Quanzhou Selami Perjalanan Bunyi di Quanzhou
- Kaunti Cao, Pengeluar Hanfu Terbesar di China
- Pengendalian Muatan di Pelabuhan Horgos Xinjiang Catat Rekod pada 2023