99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Bertemu dengan PM Australia Albanese

(CRI)Rabu 16 November 2022

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Bali, Indonesia pada Selasa.

Xi mengatakan bahawa tahun ini ialah ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Australia. Hubungan dua hala yang matang dan stabil harus diperlihatkan daripada tanggapan betul terhadap perbezaan dan percanggahan pendapat antara satu sama lain.

Oleh itu, kata Xi, untuk menjangkau percanggahan pendapat, saling menghormati, dan mencari keuntungan bersama dan sama menang adalah kunci kepada perkembangan hubungan dua hala secara mantap.

Xi menegaskan bahawa, China dan Australia tidak mempunyai konflik kepentingan asas. Padahal yang ada di antara kedua-dua negara ini ialah persahabatan tradisional dalam kalangan rakyat, struktur ekonomi yang saling melengkapi, dan komitmen bersama untuk menjaga maruah dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"China mementingkan keinginan Australia untuk membaiki dan mengembangkan hubungan dua hala yang dizahirkan baru-baru ini. "

"Kedua-dua pihak harus merumuskan pengalaman dan pengajaran, dan membincangkan cara untuk membawakan hubungan dua hala kembali ke landasan yang betul dan menuju ke depan secara berterusan." kata Xi.

Beliau menambah bahawa potensi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Australia amat besar. Oleh itu, pihak Australia diharap dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang baik untuk korporat China untuk melabur di negara itu.

Albanese pula menyatakan bahawa hubungan perkongsian strategik komprehensif antara Australia dan China sesuai dengan kepentingan bersama kedua-dua negara. Pihaknya bersedia menjunjung semangat saling menghormati, sama rata, dan kerjasama, untuk bekerjasama dengan China untuk mengurangkan perbezaan melalui dialog yang membina dan terus terang, agar menggalakkan hubungan Australia dan China terus berkembang mantap.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk meningkatkan kerjasama dengan China dalam perubahan iklim, ekonomi dan perdagangan, serta isu-isu yang lain.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan