- Lain-lain
Bantu Negara Lain untuk Membangun Bersama: Xi
Modenisasi bukanlah hak istimewa mana-mana negara. Negara yang berjalan di barisan depan harus memberikan bantuan kepada negara lain untuk membangun bersama, di samping membekalkan lebih banyak produk awam.
Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat fasa pertama Sidang Kemuncak ke-17 Kumpulan 20 (G20) di Bali, Indonesia pagi tadi.
Beliau berkata, dalam situasi semasa ini, pembangunan global yang lebih inklusif harus digalakkan, kerana pembangunan bersama semua negara adalah pembangunan sebenar.
Xi Jinping menyatakan bahawa Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuranya pada 2021 adalah untuk mendorong pembangunan dan kemajuan bersama semua negara di dunia. Tabung Pembangunan Global dan Kerjasama Selatan-Selatan anjuran China akan menambah peruntukan ke dalam Dana Keamanan dan Pembangunan China dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), merangka senarai kerjasama pragmatik, menubuhkan bank projek terbuka, dan mengetengahkan peta garisan untuk memajukan inisiatif itu.
Beliau berkata, China bersama-sama lebih 100 negara dan organisasi antarabangsa menggalakkan GDI, bagi menyuntik momentum baharu kepada Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB.
Menurut Xi, China telah menyerahkan 15 projek kepada Projek Kerjasama Pragmatik Sidang Kemuncak Bali, mengambil bahagian dalam 5 projek lain, dan bekerjasama dengan anggota lain untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.