- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Guterres
China berganding bahu dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menyokong kedudukan teras PBB dalam urusan antarabangsa dan peranan PBB yang lebih besar dalam usaha menangani cabaran kedamaian dan keamanan.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semasa tempoh kehadirannya dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada Khamis.
Guterres memuji peranan penting China dalam menyokong multilateralisme, mendorong kerjasama antarabangsa dan pembangunan lestari dan menyifatkan perkongsian dengan China adalah tunjang yang penting bagi PBB dan amalan multilateralisme. Pihaknya menyokong Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuran China, mengucapkan tahniah atas berlangsungnya mesyuarat "kumpulan rakan GDI", dan yakin ia kondusif untuk mempercepat langkah pelaksanaan Agenda Pembangunan Lestari 2030.
Guterres juga memaklumkan usahanya mendorong pengangkutan bijirin Ukraine ke luar dan pengeksportan kimia Rusia, menyuarakan kebimbangan terhadap negara membangunan yang terkesan krisis Ukraine, dan menyatakan pihaknya akan mengutamakan pelaksanaan agenda pembangunan, menanti-nantikan kerjasama dengan China berhubung pembiayaan pembangunan, perubahan iklim, kepelbagaian biologi dan penangkisan wabak.
Wang Yi berkata, China menghargai jasa baik Setiausaha Agung sebagai pengantara. Menyentuh isu Ukraine, China berpendirian mendorong perdamaian dan rundingan serta memainkan peranan yang bersifat membina dengan cara tersendiri.
Pada hari yang sama, Wang Yi juga bertemu dengan Menteri Luar Thailand dan Sri Lanka.