- Lain-lain
China Mahu Bersama Australia Bawa Ikatan Bilateral Kembali ke Landasan Betul
China bersedia bersama Australia untuk membawa hubungan bilateral kembali ke landasan betul.
Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan China-Australia dalam taklimat media pada Rabu.
Dilaporkan, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese pada Selasa berkata, dia gembira melihat telesidang menteri ekonomi dan perdagangan Australia-China berhasil dan produktif.
Katanya, jumlah dagangan Australia-China telah melepasi keseluruhan yang disumbang oleh rakan dagang kedua dan keempat terbesar bagi Australia. Membentuk jalinan ekonomi baik dengan China selaras dengan kepentingan negara Australia.
Dalam pada itu, Mao menunjukkan bahawa China dan Australia sebagai negara penting di rantau Asia-Pasifik, mempunyai ekonomi yang boleh saling melengkapi.
"Hubungan China-Asutralia berkembang sihat dan mantap sejajar dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, malahan kondusif bagi menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau Asia-Pasifik dan dunia."
Mao mengulangi kesediaan China untuk bekerjasama dengan Australia bagi melaksanakan konsensus penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara dalam pertemuan di Pulau Bali, serta hasil yang tercapai dalam Dialog Diplomatik dan Strategik China-Australia.
Tegas beliau, hendaklah sinergi bagi memulihkan dialog dan komunikasi dalam pelbagai bidang, memperluas kolaborasi, dan mengendalikan perselisihan, sekali gus bertindak semula memupuk rasa saling percaya antara kedua-dua negara.
- Tahniah Xi, Cindy Kiro Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan China-New Zealand
- China, Australia Komited Kekalkan Perkongsian Strategik Komprehensif yang Sihat dan Stabil
- China dan Australia Komited Kembangkan Perkongsian Strategik Komprehensif
- Xi Bertemu dengan PM Australia Albanese
- Li Keqiang Bertemu dengan PM Australia