99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xinjiang Rancakkan Pengangkutan Udara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 23 Februari 2024

Xinjiang sedang mempercepat pembangunan pasaran pengangkutan udara dengan membina lebih banyak lapangan terbang awam dan meningkatkan ketersambungan, dipacu oleh permintaan yang semakin tinggi baik dari dalam mahupun luar wilayah autonomi itu.

Dengan menetapkan akhir tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14 (2021-2025) sebagai matlamat, jumlah lapangan terbang awam yang beroperasi di Xinjiang dijangka bertambah kepada 37 daripada 25 yang sedia ada.

“Sekarang, semua bandar di Xinjiang terletak dalam lingkungan 60 minit pemanduan dari lapangan terbang. Menjelang 2025, 96.2 peratus kaunti akan berada dalam lingkungan 100 kilometer dari lapangan terbang, naik daripada 95.2 peratus sekarang,” maklum Zhang Tingyao, timbalan pengarah wilayah bagi Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC).

Menurut CAAC, bilangan penumpang yang menaiki penerbangan di China mencatat paras tertinggi setakat ini semasa cuti Tahun Baharu Cina yang lalu. Jika diambil kira data penerbangan domestik dan antarabangsa, sebanyak 17.99 juta penumpang telah dikendalikan dalam tempoh antara 10 hingga 17 Februari.

Kemuncak pengangkutan TBC selama 40 hari dari 26 Januari hingga 5 Mac menyaksikan aliran rancak penumpang yang termasuk pelajar, pekerja migran, pelancong, serta mereka yang mengunjungi sanak saudara.

Dalam tempoh perayaan, Tianjin Airlines telah memperhebat kapasiti penerbangan untuk menghubungkan bandar-bandar lain dengan Xinjiang. Sebagai contoh, syarikat tersebut telah menambah kekerapan penerbangan antara Xi’an di provinsi Shaanxi dengan Korla di Xinjiang.

Melihat ke hadapan, Tianjin Airlines merancang untuk membuka lebih banyak penerbangan atau menambah kekerapan operasi bagi laluan yang menyambungkan Xi’an dengan bandar-bandar di Xinjiang dan wilayah autonomi Mongolia Dalam. Lapangan Terbang Antarabangsa Xianyang Xi’an akan dijadikan pangkalan operasi utama syarikat itu di barat laut China.

Data kerajaan tempatan menunjukkan bahawa menjelang hujung tahun 2023, 25 lapangan terbang yang ada di Xinjiang telah mengendalikan 40.95 juta perjalanan penumpang, 204,700 tan metrik kargo dan mel, serta 527,300 pesawat berlepas dan mendarat. Ini merupakan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 143.9 peratus, 67.1 peratus dan 72.2 peratus masing-masing.

Video

Berita Berkaitan