- Lain-lain
China, Rusia Komited Perdalam Kerjasama Bilateral
Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin di Beijing pada Rabu.
Xi berkata China bersedia menjadikan sambutan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik dengan Rusia pada tahun depan sebagai titik permulaan baharu untuk meluaskan kesan positif hubungan politik bertaraf tinggi, di samping berganding tangan dalam memacu sosioekonomi dan mewujudkan kebangkitan bangsa.
Dengan memanfaatkan kelebihan dari segi kesalingpercayaan politik, kesalinglengkapan ekonomi, kesalinghubungan infrastruktur dan persefahaman rakyat, beliau menyarankan kedua-dua negara terus memperkaya konotasi kerjasama, memperdalam kolaborasi dalam bidang ekonomi, perdagangan, tenaga dan kesalinghubungan, di samping bersama memelihara keselamatan rantaian perindustrian dan bekalan.
Mishustin dalam pertemuan itu menzahirkan kepuasan hati terhadap perkembangan mantap kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara.
Katanya, Rusia bersedia terus meneroka kerjasama dengan China dalam bidang melibatkan ekonomi, perdagangan, tenaga, kesalinghubungan dan lain-lain.
Beliau juga komited menjayakan Tahun Kebudayaan Rusia-China bagi memperkukuh persahabatan sesama rakyat yang diwarisi turun-temurun.
- China, Rusia Anjur Pertemuan Berkala ke-28 Ketua Kerajaan
- China, Rusia Perkasa Kerjasama antara Badan Perundungan
- Xi Ditemui Pengerusi Duma Negara Rusia
- Mesyuarat ke-10 Mekanisme Dialog Parti Pemerintah China-Rusia Diadakan
- Xi, Putin Ucapkan Tahniah kepada Mesyuarat ke-10 Mekanisme Dialog Parti Pemerintah China-Rusia
- Pertemuan PM China-Rusia di Kyrgyzstan
- Kerjasama Tenaga China-Rusia Beri Peranan Penting kepada Dunia
- China, Rusia Ikrar Mantapkan Kerjasama
- Menteri Luar China, Rusia Bertemu di Beijing
- China, Rusia Anjur Pusingan ke-18 Rundingan Keselamatan Strategik