- Lain-lain
China, Rusia Anjur Pusingan ke-18 Rundingan Keselamatan Strategik
Pusingan ke-18 rundingan keselamatan strategik China-Rusia berlangsung di Moscow pada Selasa, dipengerusikan bersama Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi dan Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Nikolai Patrushev.
Dalam rundingan itu, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat secara mendalam mengenai usaha memperkukuh kolaborasi strategik.
Wang berkata sejak mekanisme rundingan itu diwujudkan, kedua-dua pihak mengekalkan komunikasi rapat dan interaksi positif, memelihara kepentingan bersama dengan berkesan, di samping menyumbang kebijaksanaan untuk kestabilan strategik global serta penyelesaian isu-isu hangat serantau.
Patrushev pula berkata berdepan perubahan pesat dalam situasi keselamatan antarabangsa, Rusia dan China mengekalkan kemandirian dan berusaha memperkasa koordinasi strategik, tanpa dipengaruhi gangguan luar.
Kedua-dua pihak akan terus memperkasa kerjasama dalam rangka multilateral termasuk Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan mekanisme BRICS.
- Perbincangan Menteri Luar China-Rusia Melalui Telefon
- China, Rusia Komited Perkukuh Hubungan Dua Hala
- Naib Menteri Luar China, Rusia Temu di Beijing
- Xi Ditemui PM Rusia
- Perdana Menteri Rusia Lawat China Minggu Depan
- Putin Ditemui Menteri Pertahanan China
- Media China, Rusia Kupas Modenisasi Ala China dan Peluang Baharu Dunia
- Lawatan Xi ke Rusia, Perjalanan Persahabatan, Kerjasama dan Damai
- Xi, Putin Mahu Selesaikan Krisis Ukraine Melalui Rundingan Damai
- CMG, Rossiyskaya Gazeta Meterai Memorandum Kerjasama