- Lain-lain
Perbincangan Menteri Luar China-Rusia Melalui Telefon
Sejak Presiden China Xi Jinping mengadakan lawatan ke Rusia pada bulan Mac, China dan Rusia telah mencapai kemajuan baharu dalam koordinasi strategik dan kerjasama substantif, yang disokong oleh perdagangan dua hala yang mencapai rekod baharu, kerjasama sumber tenaga yang berjalan lancar dan stabil, serta pertukaran dan lawatan yang pulih dengan cepat di kalangan rakyat. Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian ketika berhubung dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov melalui telefon pada Isnin.
Wang Yi berkata, China dan Rusia adalah rakan baik yang boleh saling dipercayai merupakan fakta yang terbukti. Tugas terpenting bagi kedua-dua pihak pada masa kini adalah terus melaksanakan konsensus penting yang tercapai Presiden kedua-dua negara dan menggerakkan Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif China-Rusia pada era baharu kekal berkembang pada tahap tinggi.
Wang menambah bahawa mekanisme negara BRICS yang selaras dengan arus zaman menunjukkan kedinamikan yang besar. Terdapat lebih 20 buah negara yang menunjukkan kehendak mahu menjadi keanggotaannya, maka, tibalah masa untuk memulakan proses menerima dan menangani permohonan mereka. China bersedia bersama dengan rakan BRICS termasuk Rusia menyokong Afrika Selatan menganjurkan pertemuan kemuncak negara BRICS dengan jayanya dan menggerakkan mekanisme BRICS terus berkembang dengan sihat.
Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan bersama termasuk krisis Ukraine.
Wang menekankan bahawa China yang memegang pendirian yang merdeka dan adil pada bila-bila masa dan di tempat mana-mana pun yang melibatkan kehadiran pelbagai hala, komited mengeluarkan suara yang rasional, dengan aktif mengesyorkan tindakan keamanan dan menggalakkan dialog, dan berusaha mencari ikhtiar bagi penyelesaian politik.
Lavrov pula menyatakan bahawa Rusia sangat setuju dengan dokumen yang dikeluarkan China tentang pendiriannya bagi menyelesaikan krisis Ukraine secara politik, dan memuji serta mengalu-alukan China memainkan peranan konstruktif dalam usaha itu.
- China, Rusia Komited Perkukuh Hubungan Dua Hala
- Naib Menteri Luar China, Rusia Temu di Beijing
- Xi Ditemui PM Rusia
- Perdana Menteri Rusia Lawat China Minggu Depan
- Putin Ditemui Menteri Pertahanan China
- Lawatan Xi ke Rusia, Perjalanan Persahabatan, Kerjasama dan Damai
- Xi, Putin Mahu Selesaikan Krisis Ukraine Melalui Rundingan Damai
- China, Rusia Komited Perkasa Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif untuk Era Baharu
- Xi Jinping Bertemu dengan PM Rusia
- Xi, Putin Adakan Rundingan di Kremlin