99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, Rusia Ikrar Mantapkan Kerjasama

(CRI)Khamis 19 Oktober 2023

Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga pada Rabu.

Xi dalam rundingan itu berkata Rusia merupakan rakan penting bagi China dalam kerjasama antarabangsa berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Pengoperasian projek infrastruktur penting termasuk saluran paip gas asli laluan timur China-Rusia membawa manfaat sebenar kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau menzahirkan hasrat China untuk berusaha bersama Rusia dan negara anggota lain Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) bagi mendorong penyelarasan antara BRI dengan EAEU, dan menjalankan kolaborasi serantau yang bertaraf lebih tinggi dan mendalam.

Xi juga berharap projek talian paip gas asli China-Mongolia-Rusia dapat mencapai kemajuan substantif seawal mungkin, menjalankan kerjasama pelancongan rentas sempadan 'Laluan Teh' dengan baik, di samping membangunkan koridor ekonomi China-Mongolia-Rusia ke arah kesalinghubungan dan pembangunan berkualiti tinggi.

Kata beliau, China bersedia bersinergi dengan Rusia untuk terus memperkaya konotasi sezaman kerjasama bilateral.

Kedua-dua pihak hendaklah memperkasa kerjasama pragmatik berkualiti, di samping meneroka kerjasama dalam industri baru muncul yang bersifat strategik.

Putin pula berkata inisiatif BRI yang dikemukakan Presiden Xi sedekad lalu mencapai kejayaan besar, sekali gus menjadi produk awam antarabangsa yang diiktiraf dunia.

Rusia bersedia merapatkan komunikasi dan kolaborasi dengan China dalam mekanisme multilateral termasuk BRICS bagi mempertahankan sistem berlandaskan undang-undang antarabangsa dan menggerakkan sistem tadbir urus global ke arah lebih adil dan munasabah.

Beliau turut meluahkan hasratnya mengambil peluang daripada ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik pada tahun depan untuk terus memantapkan perkongsian koordinasi strategik komprehensif antara kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan