- Lain-lain
Mesyuarat Menteri Luar ke-8 LMC Sasarkan Kerjasama Multilateral
Mesyuarat Menteri Luar ke-8 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) membuka tirainya di Beijing pada Khamis.
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China merangkap Menteri Luar Wang Yi dan Timbalan Perdana Menteri Myanmar merangkap Menteri Kesatuan bagi Hal Ehwal Luar U Than Swe mempengerusikan bersama mesyuarat yang bertema “Bekerjasama ke arah pemodenan dan mencetuskan momentum baharu dalam pembangunan sub-rantau” itu.
Wang berkata China akan berpegang teguh pada prinsip mesra, ikhlas, sama menang dan inklusif untuk bekerjasama dengan negara-negara di kawasan aliran Sungai Mekong untuk membina komuniti berkongsi nasib Lancang-Mekong yang berorientasikan kedamaian dan kemakmuran, berusaha bersama menjadikan rantau ini sebagai contoh bagi kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, dan perintis dalam pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global.
Wang turut mencadangkan, LMC harus menumpu kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib yang lebih erat, merancakkan pembangunan jalur ekonomi yang saling menghubungkan, mewujudkan persekitaran pembangunan yang lebih selamat, mempergiatkan pembangunan pendigitalan ke arah yang lebih cerah, memperdalam kerjasama sosiobudaya yang bercirikan tempatan, dan menyokong konsep kerjasama yang lebih inklusif.
Menteri luar dari pelbagai negara berkenaan menyanjung tinggi kemajuan positif yang dilakar dalam LMC, dan memberi penghargaan terhadap sumbangan positif China dalam memacu LMC dan bersetuju dengan cadangan China mengenai hala tuju kerja untuk fasa seterusnya.