- Lain-lain
Myanmar Lancarkan Tujuh Projek Dana Khas LMC
Majlis pelancaran projek Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang diluluskan oleh Kementerian Pertanian, Ternakan dan Pengairan Myanmar pada tahun 2022 telah diadakan di Nay Pyi Taw pada Jumaat.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Penasihat Kedutaan Besar China di Myanmar, Zheng Zhihong, Timbalan Menteri Pertanian, Ternakan dan Pengairan Myanmar, Aung Gyi dan lebih daripada 150 wakil dari jabatan dan institusi berkaitan.
Sebanyak tujuh projek Dana Khas LMC dilancarkan pada majlis tersebut.
Aung Gyi dalam ucapannya menzahirkan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang disediakan terhadap negaranya dalam kerangka Dana LMC yang diinisiatif China dengan berkata, pelaksanaan projek tersebut amat bermakna bagi peningkatan pengeluaran hasil pertanian, pendapatan kaum tani dan pembangunan desa di Myanmar.
Zheng Zhihong pula berkata, China telah menyokong Myanmar dalam melaksanakan lebih 30 projek sejak penubuhan Dana Khas LMC. China bersedia terus memperkasa kerjasama dengan Myanmar dalam bidang pertanian, dan berkongsi pengalaman berkenaan bagi membantu negaranya mewujudkan modenisasi pertanian.
- Setiausaha Agung ASEAN: Intensifkan Hubungan Rakan Strategik Komprehensif dengan China
- Program Biasiswa Beri Manfaat kepada Mahasiswa Myanmar
- China Komited Tingkatkan Pertukaran dengan Parlimen ASEAN
- China, Brunei Mahu Lonjakkan Perkongsian Strategik
- CMG dan PRD Capai Kata Sepakat Penandatanganan Memorandum Kerjasama
- Sidang Kemuncak CEO APEC 2022 Dirasmikan
- China Peneraju Pemulihan Global: Duta Indonesia
- PM China Yakin Kerjasama Persahabatan dengan ASEAN Makin Pelbagai