99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Teh Dididih atas Dapur, Kegemaran Terkini Golongan Muda China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 12 Januari 2023
Teh Dididih atas Dapur, Kegemaran Terkini Golongan Muda China
(Foto/Chinanews.com)

Bersantai-santai di keliling dapur bersama sahabat handai, menjamah makanan ringan dan manisan dengan teh panas sebagai peneman. Teh yang dididihkan atas dapur, begitu pantas menjadi kegemaran terkini sesama orang muda di China.

Menurut laman ulasan pengguna pihak ketiga Dianping, jumlah carian di China bagi “teh yang dididihkan atas dapur” telah melonjak sejak November 2022, menampakkan kenaikan 1,173 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Teh yang dididihkan atas dapur telah menjadi fokus perhatian di platform-platform utama. Misalnya di Xiaohongshu, sebuah platform sosial terkenal di China, terdapat lebih 60,000 entri berkaitan minuman tersebut.

Teh yang dididihkan atas dapur memenuhi keinginan generasi muda yang mendambakan satu gaya hidup yang rentaknya lebih santai. Banyak pengusaha sedang merebut peluang ketika ini untuk mengatur pelan perniagaan masing-masing menjelang Tahun Baharu Cina yang bakal tiba. Sempena perayaan penting itu, ada warung yang akan memperkenalkan beberapa jenis kombo teh yang dididihkan atas dapur, dan banyak daripadanya sudah pun habis ditempah.

Qin Xin yang dari Generasi Y, telah mengubah sebuah rumah lama menjadi tempat untuk menikmati teh yang dididihkan atas dapur. Warungnya itu telah menjadi lokasi hangat bagi golongan muda yang menggunakan media sosial seperti Xiaohongshu, Douyin(Tik Tok) dan sebagainya.

Ramai orang muda lebih gemar menikmati teh yang dididihkan atas dapur di rumah sendiri. Mereka malah membeli peralatan yang diperlukan menerusi Internet, antaranya termasuklah teko seramik, dapur arang, dapur seramik elektrik, jaring pemanggang dan kerusi buluh.

“Saya sudah beli sebuah dapur seramik elektrik dan makanan yang boleh dipanggang seperti ‘ciba’ (kuih beras pulut), buah berangan, jagung dan gula-gula marshmallow. Nanti saya akan tonton Gala Tahun Baharu Cina bersama-sama keluarga sambil menghirup teh yang dididihkan atas dapur. Gambar-gambarnya akan saya muat naikkan ke media sosial,” kata Liu Lu, anak kelahiran Generasi Z.

“Teh yang dididihkan atas dapur” menggabungkan budaya tradisional, budaya teh dan permintaan pengguna sehingga melahirkan satu model penggunaan yang serba baharu. Fenomena ini turut menyuntik momentum baharu kepada ekonomi Tahun Baharu Cina.

“Seiring dengan kebangkitan trend-trend fesyen di China serta ledakan dalam ekonomi dipacu selebriti Internet, budaya teh beransur-ansur diterapkan dalam kehidupan sosial golongan muda menerusi pertembungan antara budaya tradisional dan hidup moden,” ujar Gu Junqi, yang mengkaji budaya teh.

Membuat teh di atas dapur sebagai pelincir untuk interaksi sosial kemungkinan menjadi suatu kelaziman baharu pada Tahun Baharu Cina yang akan luas diterima oleh golongan muda, sekali gus menjamin kelangsungannya. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan