- Lain-lain
Sidang Kemuncak Media LMC 2023 Dianjurkan di Beijing
Li Shulei, anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis (PKC) merangkap ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, memberi ucapan pada Sidang Kemuncak Media Kerjasama Lancang-Mekong yang dianjurkan di Akhbar Renmin Ribao, Beijing pada 27 Jun. (Xinhua/Yan Yan)
Sidang Kemuncak Media Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) dianjurkan di Beijing pada Selesa, dihadiri Li Shulei, anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis (PKC) merangkap ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, yang juga memberi ucapan dalam majlis itu.
Turut hadir, lebih 130 wakil daripada badan berkenaan dan media arus perdana enam negara lembangan Sungai Mekong. Perbincangan mendalam telah diadakan mengenai kedamaian dan kemajuan, keuntungan bersama, hasil menang-menang dan pertukaran antara rakyat serantau agar menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib Lancang-Mekong.
Para hadirin, sama ada dari dalam atau luar negara, mencapai konsensus bahawa sejak terjalinnya Kerjasama Lancang-Mekong, ia telah membawa keuntungan konkrit kepada enam negara yang terlibat dan juga memperdalam persahabatan rakyat enam negara.
Para hadirin berkata potensi kerjasama antara anggota LMC agak besar, misalnya dalam bidang infrastruktur, pertanian, pembasmian kemiskinan, keselamatan dan perlindungan persekitaran, dan turut meluahkan hasrat untuk menggalakkan pertukaran antara rakyat melalui kerjasama media agar mempertingkat persahabatan dan rasa saling percaya, dan juga menyampaikan kisah-kisah Lancang-Mekong dengan lebih baik.