99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Ketua Kampung Laos Banyak Belajar daripada Lawatan ke Yunnan (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 20 Oktober 2023

Tren rentas sempadan pertama melintasi jambatan Galanba di laluan Kereta Api China-Laos di daerah autonomi Dai Xishuangbanna, Yunnan. (Xinhua/Jiang Wenya)

Tren rentas sempadan pertama melintasi jambatan Galanba di laluan Kereta Api China-Laos di daerah autonomi Dai Xishuangbanna, Yunnan. (Xinhua/Jiang Wenya)

Hubungan pengangkutan

Maklum Sen Xaiyavong, 44, ketua kampung Ban Borpied yang letaknya kira-kira 8 kilometer dari pintu sempadan Boten, terdapat 696 penduduk di kampungnya. Kebanyakan mereka bekerja di Boten pada waktu siang.

“Saya datang untuk belajar, dan banyak yang telah saya belajar. Saya kagum melihat pengusaha-pengusaha pelancongan desa di kampung Gulang, Anning, yang perniagaannya maju. Ada mata air panas yang merangsang ekonomi setempat, berkat kemudahan-kemudahan berkenaan yang disediakan."

Xiaoyavong menyatakan bahawa usaha merancakkan industri pertanian, yang memerlukan banyak modal dan sumber, biasanya di luar capaian individu.

“Laos berbeza dengan China dari segi pertumbuhan industri desa. (Di Laos) masih ada banyak ruang untuk kemajuan."

Video

Berita Berkaitan