- Lain-lain
Kereta Api China-Laos Hantar 13,310 Penumpang dalam Sebulan
Rel China-Laos mengendalikan perjalanan rentas sempadan membabitkan lebih 10,000 penumpang sejak perkhidmatan berkenaan diperkenal secara rasmi pada 13 April.
Dalam tempoh sebulan lalu, tren yang menghubungkan Kunming dan Vientiane itu melakukan sebanyak 60 larian dengan membawa seramai 13,310 penumpang dari 28 buah negara dan wilayah.
Antaranya, kebanyakan penumpang adalah dari China, Laos dan Thailand.
Dalam pada itu, pengembara yang masuk dan keluar China masing-masing mencecah 7,024 dan 6,286 orang.
Difahamkan, warga asing yang mengembara ke China kebanyakannya untuk melancong, belajar atau melakukan lawatan komersial.
Jumlah warga China yang menggunakan perkhidmatan itu dengan tujuan melancong, mengunjungi saudara atau transit ke negara ketiga juga semakin meningkat.
- Adanya Rel China-Laos, Harga Durian Lebih Murah di China
- Kereta Api China-Laos Jadi Pilihan Baharu Pelancongan Rentas Sempadan
- 14.43 Juta Penumpang Gunakan Kereta Api China-Laos
- Rel China-Laos Terus Rekodkan Pertambahan Penumpang, Kargo
- Tren Penumpang Vientiane-Kunming Beroperasi
- Rel China-Laos Bakal Lancar Tren Penumpang antara Kunming, Vientiane
- Laluan Pengangkutan Kereta Api-Laut Ankang-ASEAN Beroperasi
- Belajar Mandarin Trend di Laos, Berkat Rel China-Laos
- Ticket App Kereta Api China-Laos Mula Beroperasi
- Laos Nanti Kebanjiran Pelancong China