- Lain-lain
China Seru Gencatan Senjata Diwujudkan Secepat Mungkin
Dalam isu konflik antara Palestin dengan Israel, China berdiri di sisi keadilan dan kesaksamaan. Sebagai sahabat Palestin dan Israel, China berharap kedua-dua pihak dapat hidup bersama secara damai, di samping berkongsi keselamatan dan pembangunan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian dalam sidang taklimat di Beijing pada Isnin.
Beliau berkata cara asas bagi mencapai sasaran tersebut adalah melaksanakan "pelan dua negara" dan penubuhan negara Palestin yang merdeka.
Ketika menjawab soalan wartawan mengenai pembekalan senjata dan peralatan ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) kepada Israel, Mao menegaskan bahawa China percaya dialog dan rundingan adalah jalan keluar asas bagi masalah itu. China menyeru pihak-pihak terlibat agar mewujudkan gencatan senjata dengan segera untuk mengelakkan situasi daripada menjadi lebih buruk.