- Lain-lain
China Seru Selesai Isu Palestin secara Adil dan Tuntas
China menyeru masyarakat antarabangsa terus menggalakkan penyelesaian isu Palestin secara komprehensif, adil dan tuntas.
Seruan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun ketika berucap dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan mengenai Palestin pada Selasa.
Zhang berkata situasi di wilayah Palestin yang diduduki Israel diberikan perhatian seluruh dunia pada setiap bulan Ramadan sejak beberapa tahun lalu.
"Keganasan di kawasan Tebing Barat semakin meruncing, dan ketegangan di Baitulmaqdis Timur dan Gaza bertambah buruk.”
"Masyarakat antarabangsa hendaklah melipatgandakan usaha untuk mendorong penyelesaian isu berkenaan secara menyeluruh, adil dan tuntas," ujar beliau.
Duta itu turut menekankan perlunya menentang keganasan dan hasutan, mengejar keselamatan bersama, berhenti mengubah status quo secara unilateral dan mempertahankan kedaulatan undang-undang antarabangsa.
Katanya, usaha mesti dilakukan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan merangsang pembangunan ekonomi Palestin, selain mematuhi 'penyelesaian dua negara' dan menggerakkan penyambungan semula rundingan damai.
- Israel Lancar Serangan Udara Menyasar Selatan Syria
- Polis Israel, Penduduk Palestin Tempur di Masjid Al-Aqsa
- China Seru Rundingan Damai Palestin-Israel Disambung Semula
- Palestin, Israel Komited Akhiri Kesemua Sekatan Sepihak
- UNSC Komited Selesai Pertikaian Palestin-Israel
- China Prihatin Ketegangan Hubungan Palestin-Israel
- Tentera Israel Serbu Bandar Jericho
- Abbas, Blinken Berunding di Ramallah
- Enam Warga Palestin Ditahan Polis Israel
- China Prihatin Ketegangan Palestin-Israel