- Lain-lain
Lebih 1,600 Maut dalam Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel pusingan baharu yang tercetus pada 7 Oktober lalu telah meragut lebih 1,600 nyawa, manakala hampir 4,000 lagi cedera.
Menurut statistik jabatan perubatan Palestin dan Israel, seramai 704 orang Palestin maut manakala angka kematian pihak Israel mencatat 900 orang.
Kumpulan pejuang Hamas terus melancarkan tembakan roket ke arah Israel pada Isnin, manakala kumpulan bersenjata di bawah Jihad menyusup masuk ke pusat penempatan Israel.
Dalam pada itu, Israel melancarkan beberapa pusingan serangan udara dan operasi ketenteraan di Genting Gaza, dan mendakwa pihaknya menakluk semula semua bandar dan pekan berhampiran sempadan Gaza dan "menyekat Gaza secara menyeluruh".
Selain konflik Palestin-Israel yang berterusan, situasi di sempadan Israel dengan Lubnan di utara juga menjadi semakin tegang.