99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tokoh Luar Nilai Tinggi Hasil Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan RCEP

(CRI)Jumaat 30 Jun 2023

Forum Peringkat Tinggi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) selama tiga hari melabuhkan tirainya di Qingdao, provinsi Shandong pada hari ini.

Mengangkat tema “bergerak ke hadapan bersama-sama dan mewujukkan kemakmuran dengan usaha sama”, ia disertai oleh pegawai kerajaan, diplomat negara lain di China, wakil agensi pelaburan dan perdagangan, serta dan persatuan perniagaan dari anggota RCEP.

Rata-rata peserta turut memberikan pujian tinggi terhadap hasil kerjasama ekonomi dan perdagangan RCEP.

Ketua Setiausaha Sekretariat Kerjasama China, Jepun dan Korea Selatan, Ou Boqian menyatakan bahawa RCEP membawa makna istimewa terhadap kerjasama ketiga-tiga negara tersebut.

"China, Jepun, Korea Selatan dan negara anggota RCEP lain perlu mengekalkan amalan multilateralisme yang terbuka dan inklusif, mendorong kerjasama yang menyeluruh, serta meneroka potensi peraturan RCEP mengenai tempat asal produk bagi membentuk pembahagian industri yang lebih munasabah," ujarnya.

Duta Besar Kemboja ke China, Khek M. Caimealy menyatakan bahawa RCEP telah membawa banyak kemudahan kepada negaranya dalam penarikan pelaburan asing dan pemerluasan perdagangan dengan negara anggota RCEP lain.

Menurut angka Kementerian Perdagangan Kemboja, jumlah perdagangan antara Kemboja dengan negara anggota RCEP lain pada tahun 2022 mencatat USD31.1 bilion (RM145 bilion), yang menempati 60 peratus jumlah perdagangan luar Kemboja.

Penolong Menteri Perdagangan dan Industri Filipina, Glenn G. Penaranda pula memberitahu bahawa RCEP merupakan penggerak kuat bagi pembangunan ekonomi Filipina.

Jelasnya, RCEP bukan sahaja menyediakan banyak akses pasaran kepada Filipina, tetapi juga memberikan sokongan yang berterusan kepada pembangunan negara itu dalam bidang industri pembuatan, penyelidikan dan pengeluaran, perkhidmatan kewangan, e-dagang dan ekonomi digital.

"Terdapat 51 peratus jumlah eksport dan 68 peratus import Filipina pada tahun 2022 melibatkan RCEP.

"Selain itu, RCEP akan terus menyokong Filipina dengan China menjalin hubungan perkongsian kerjasama yang lebih kukuh," ujar Penaranda.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan