99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

RCEP Buka Peluang Baharu kepada Ekonomi Filipina

(CRI)Isnin 27 Februari 2023

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan membawa peluang kerjasama sama menang kepada pemulihan ekonomi dan pembangunan Filipina.

Demikian ujar Benito Techico, Utusan Khas Presiden Filipina ke China untuk Perdagangan, Pelaburan dan Pelancongan, mutakhir ini.

Pada 21 Februari, Senat Filipina meluluskan dokumen kelulusan RCEP, sekali gus melepasi halangan terakhir untuk perjanjian itu berkuat kuasa di Filipina.

Menurut Benito, ia sekali gus akan membuka "pintu persaingan" baharu untuk Filipina.

Beliau berkata, RCEP bukan sahaja memberikan suasana kondusif kepada pembangunan sektor pertanian, perkhidmatan dan pelancongan Filipina, malah juga akan merangsang daya inovasi syarikat tempatan.

"Anggota RCEP saling menguntungkan, bekerjasama secara menang-menang, serta bersama-sama mendorong pembentukan pasaran lebih besar, dan ia membolehkan pengguna memperoleh lebih banyak produk pada harga yang lebih berpatutan."

"Filipina harus mengambil peluang daripada RCEP, di samping menggunakan kelebihan geografinya agar membina Filipina sebagai pusat logistik di rantau Asia.

"Sementara itu, penguatkuasaan RCEP di Filipina juga akan membantu negara ini menjadi hab pembuatan yang ideal dan destinasi pelaburan yang lebih menarik," ujar Benito.

Beliau turut menyifatkan China sebagai peserta penting dalam kerjasama ekonomi serantau dan memberitahu bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara akan menyambut peluang kerjasama saling menang yang baharu di bawah rangka kerja RCEP.

“Filipina dijangka memperoleh pengaturan yang lebih baik untuk akses pasaran China serta menarik lebih banyak pelaburan asing ke dalam bidang pembuatan dan pertanian," tambah Benito.

Untuk rekod, RCEP mempunyai 15 negara anggota, termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan 10 negara ASEAN pada masa ini dengan jumlah penduduk, agregat ekonomi dan jumlah perdagangan masing-masing menyumbang kira-kira 30% daripada jumlah global.

Sejak RCEP berkuat kuasa pada 1 Januari 2022, perjanjian tersebut sudah menjadi tenaga penting kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan