99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Dagangan China, Anggota RCEP Menokok Pesat

(CRI)Jumaat 30 Disember 2022

Perdagangan antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menyaksikan peningkatan pesat pada tahun ini.

Demikian dimaklumkan Kementerian Perdagangan (MOFCOM) China dalam satu sidang media di sini, pada Khamis.

Menurut statistik kastam China, jumlah import dan eksport antara China dengan anggota lain RCEP direkodkan sebanyak RMB11.8 trilion (kira-kira RM7.5 trilion) pada 11 bulan pertama tahun ini.

Angka tersebut menyaksikan peningkatan 7.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, sekali gus menempati 30.7 peratus daripada keseluruhan import dan eksport negara ini.

Dalam pada itu, jumlah eksport China terhadap anggota lain RCEP mencatat RMB6 trilion (kira-kira RM3.8 trilion), menokok 17.7 peratus.

Perjanjian RCEP dijangka akan berperanan lebih besar dalam memacu perdagangan dan pelaburan serantau seiring pelaksanaan pada fasa seterusnya.

MOFCOM turut menzahirkan komitmen untuk mengadakan perbincangan dengan lebih banyak rakan dagang mengenai pemeteraian perjanjian perdagangan bebas (FTA).

China juga komited terus meningkatkan tahap keterbukaan bagi perdagangan barangan dan perkhidmatan serta aktiviti pelaburan, di samping memperluas keterbukaan secara keinstitusian demi menyumbang kepada pembentukan paradigma pembangunan baharu dan pembangunan berkualiti tinggi.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan