- Lain-lain
Perdagangan Luar China Meningkat 9.9% pada Tiga Suku Pertama 2022
(CRI)Isnin 24 Oktober 2022
Menurut statistik jabatan Kastam China, jumlah perdagangan luar China mencatat RMB31.11 trilion (RM20.35 trilion) dalam tiga suku pertama tahun ini, meningkat 9.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Pada masa yang sama, ASEAN menjadi rakan dagang terbesar bagi China dengan jumlah perdagangan kedua-dua pihak mencatat RMB4.7 trilion (RM3.07 trilion), meningkat 15.2 peratus dan menduduki 15.1 peratus daripada jumlah perdagangan luar China.
Dalam pada itu, jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) mencatat RMB10.04 trilion (RM6.57 trilion), naik 20.7 peratus.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang