- Lain-lain
Gabungan Kampung di Jinhua Bawa Durian Runtuh Dalam Industri Pelancongan
Zon kemakmuran bersama di bandar Jinhua, Provinsi Zhejiang di timur China telah menggabungkan tiga sumber pelancongan kampung yang membawa kedatangan lebih dua juta pelancong pada tahun ini, sekali gus menjana RMB7 juta pendapatan tempatan.
Foto memperlihatkan tapak zon kemakmuran bersama di perbandaran Lingxia, daerah Jindong, bandar Jinhua, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Shi Kuanbing)
Terdahulu, kampung-kampung tersebut mempunyai sumber pelancongan yang berselerak. Projek tersebut kemudiannya menggabungkan sumber sedia ada melalui perkongsian kampung, dengan memfokuskan kepada lokasi-lokasi yang mempunyai industri dan tarikan.
Menurut Biro Hal Ehwal Pertanian dan Luar Bandar Jinhua, terdapat rancangan untuk mengembangkan program tersebut kepada 30 zon demonstrasi yang meliputi lebih daripada 100 kampung dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Kampung Lizu di Yiwu yang ditadbir oleh Jinhua telah menjadi sensasi internet dengan 71 perusahaan yang menggabungkan pertanian tradisional dengan runcit moden termasuk kedai produk kebudayaan kreatif dan kedai-kedai lama.
Untuk tahun ini sahaja, kampung tersebut telah menerima lebih daripada 1 juta pelancong, yang menjana pendapatan sebanyak RMB4.05 juta.
Seorang artis mempamerkan produk di kedainya yang terletak di bandar Yiwu, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Wang Liwei)
Sementara itu, kampung Chouyan yang terletak kurang daripada satu kilometer dari kampung Lizu pada dahulunya hanya bergantung kepada pelancongan luar bandar. Pada 2023, Chouyan bersama-sama dengan lapan lagi kampung telah menjadi sebahagian daripada zon kemakmuran bersama.
Yiwu turut mendapat khidmat kepakaran daripada insitusi seperti Universiti Zhejiang, dalam usaha memajukan rancangan zon kemakmuran bersama. Difahamkan, satu pelaburan lebih RMB600 juta juga telah diperuntukkan bagi melaksanakan 81 sub-projek dalam 12 kategori di dalam zon tersebut.
Pelancong menerokai kampung Lizu di bandar Yiwu, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/ Wang Liwei)
Ketua Parti kampung Chouyan, Cao Junmin berkata bahawa kampung itu akan mendapat manfaat daripada projek zon kemakmuran bersama termasuk dalam ekonomi malam, pesta kebudayaan rakyat dan jalan makanan yang telah dinaik taraf.
Ketua Parti perbandaran Lingxia, Ye Xiaodong berkata kawasan melaksanakan model yang mengintegrasikan kolektif kampung, pelabur, syarikat dan gabungan operasi perindustrian, serta menampilkan tapak perkhemahan, hotel, muzium dan lebih daripada 40 tarikan pelancong, dengan jangkaan pendapatan sebanyak lebih RMB150 juta.
Foto menunjukkan jalan purba Poyang di Jinhua, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Wang Liwei)
Untuk rekod, Jinhua telah melengkapkan perancangan komprehensif untuk 30 zon kemakmuran bersama, dengan jumlah pelaburan terancang sebanyak RMB4.1 bilion. Menjelang penghujung Oktober lalu, sebanyak 358 projek telah bermula dengan jumlah pelaburan mencecah RMB2.9 bilion.
- Terusan Purba China Pacu Ledakan Ekonomi di Guangxi
- Hari Ketiga Cuti Hari Kebangsaan: Ketibaan Pengembara 280 Juta Orang Lebih
- Peningkatan Pelancong China Kondusif bagi Ekonomi Thailand
- Perbelanjaan Pelancongan Budaya Catat Lonjakan
- 200 Juta Individu Lakukan Perjalanan Rentas Wilayah
- Jumlah Pelancong Asing ke China Lambung 130 Peratus
- Sukan Olimpik 2024 Tarikan Besar Buat Pelancong China
- China Rekod Lebih 400 Juta Perjalanan Penumpang Kereta Api Pada Julai
- Pelancong Domestik Lepasi 2.7 Bilion H1 2024
- China Alu-alukan Lebih Ramai Pelancong