- Lain-lain
Sidang Kerja Ekonomi Pusat China Aturkan Pelan Kerja 2025
Sidang Kerja Ekonomi Pusat China diadakan di Beijing pada 11 hingga 12 Dis.
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang tersebut telah merumuskan kerja ekonomi China sepanjang tahun 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada tahun 2025.
Menurut sidang tersebut, ekonomi negara Tembok Besar ini beroperasi dengan stabil pada keseluruhannya, berkembang baik berikutan pembangunan berkualiti tinggi dipergiat secara teratur. Sasaran utama bagi pembangunan sosioekonomi negara sepanjang tahun ini dijangka akan tercapai.
Dalam sidang itu ditegaskan, adalah perlu untuk memelihara kemantapan di samping mengejar pertumbuhan, mengamalkan falsafah pembangunan baharu secara lengkap, tepat dan komprehensif, mempercepat pembinaan paradigma pembangunan baharu, mendorong pembangunan berkualiti tinggi, mempergiat pembaharuan secara menyeluruh, serta meningkatkan tahap keterbukaan.
Sidang itu menetapkan langkah-langkah bagi kerja ekonomi tahun 2025.
Antaranya termasuk menggalakkan penggunaan, meningkat keefisienan pelaburan, dan merangsang permintaan domestik, sementara itu, menggalakkan pembangunan kuasa produktif kualiti baharu dibimbing inovasi sains dan teknologi, membina sistem perindustrian moden.
Memainkan peranan bimbingan pembaharuan sistem ekonomi demi mendorong langkah pembaharuan simbolik dilaksanakan secara berkesan.
Di samping itu, sidang itu menegaskan adalah perlu untuk meningkatkan tahap keterbukaan bertaraf tinggi, menstabilkan perdagangan dan pelaburan luar, mencegah dan mengurangkan risiko dalam sektor utama untuk mengelakkan berlakunya risiko sistematik.
Pada masa sama, mendorong pembangunan terselaras antara bandar dan luar banda, memangkinkan pelaksanaan strategi pembangunan wilayah, menggalakkan pengurangan karbon dan pencemaran, di samping memacu pembangunan hijau demi mempercepat transformasi hijau dalam sosioekonomi negara.
Selain itu, sidang itu juga menegaskan langkah perlu diambil untuk memperkasakan jamin dan penambahbaikan kehidupan rakyat.
- Kestabilan dan Kemajuan Boleh Disaksikan dalam Operasi Ekonomi China
- China Perkenalkan Siri Dasar untuk Dorong Pertumbuhan Ekonomi
- Ekonomi China Teruskan Momentum Pemulihan
- Ekonomi China bagi Bulan Mei Kekal Baik
- Goldman Sachs, Citigroup Naik Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China
- Pakar Ekonomi: Momentum Pertumbuhan Ekonomi China Kekal Selaras dengan Keperluan Pembangunan
- Lihat secara Objektif Masalah Struktur Ekonomi China
- Ekonomi China Semakin Pulih
- Operasi Perniagaan China Semakin Pulih
- Barangan Buatan China Laris di Dunia