- Lain-lain
Pakar Ekonomi: Momentum Pertumbuhan Ekonomi China Kekal Selaras dengan Keperluan Pembangunan
Adalah dipercayai bahawa momentum pertumbuhan ekonomi China kekal selaras dengan keperluan pembangunan di dalam negerinya, malah di dunia. Tahun 2024 akan menyaksikan pemerkasaan momentum pembangunan berdasarkan "kuasa produktif kualiti baharu".
Demikian dinyatakan oleh Ketua Penasihat Ekonomi, Bank Pembangunan Baru Elias Jabbour dalam ulasannya baru-baru ini.
Menurut beliau, tiada isyarat dalam realiti sekarang ini yang menunjukkan ekonomi China mengalami "detik Chernobyl". Masalah dalam sektor hartanah terlalu dibesar-besarkan.
Beliau menyatakan, China telah berjaya mengekalkan tahap pertumbuhan yang diperlukan, termasuk menjana 11 juta peluang pekerjaan di bandar yang dijadualkan dalam Rancangan Lima Tahun Ke-14 (tahun 2021), dan tetap berperanan sebagai pemangkin utama bagi pembangunan dan kemakmuran dunia, terutamanya di negara-negara Selatan.
Tambah beliau, China sedang mempercepatkan pembangunan yang berkualiti tinggi, yang melibatkan pengembangan perkhidmatan awam seperti perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi, pelaburan besar yang bertujuan untuk mengekalkan kedudukan China sebagai peneraju dalam revolusi perindustrian berdasarkan industri tenaga boleh diperbaharui, dan proses urbanisasi yang boleh membantu penduduk menikmati kemudahan baharu seperti hospital moden, sekolah, bandar inklusif dan pintar. Semua momentum baharu dalam pertumbuhan ekonomi ini akan menjadi batu asas bagi "kuasa produktif kualiti baharu".
- Lihat secara Objektif Masalah Struktur Ekonomi China
- Ekonomi China Semakin Pulih
- Operasi Perniagaan China Semakin Pulih
- Barangan Buatan China Laris di Dunia
- Data Platform Tiket Tunjuk Pertumbuhan Pesat Pasaran Seni Persembahan
- Pemulihan Ekonomi China Sumbang kepada Pertumbuhan Sejagat
- Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2023 di Beijing
- GAMF Fokus Tindak Balas terhadap Perubahan Landskap Dunia
- China Optimis Capai Matlamat Peningkatan Ekonomi
- Ekonomi China Terus Kembali Rancak