- Lain-lain
Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2023 di Beijing
Sidang tahunan Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2023 telah membuka tirainya di Beijing pada Sabtu.
Turut hadir, sejumlah penanggungjawab dari pertubuhan ekonomi antarabangsa utama dan 500 syarikat terkenal di dunia serta sarjana terkemuka di arena antarabangsa.
Mereka akan bertukar-tukar pendapat dan memupuk persefahaman tentang tema "Pemulihan Ekonomi: Peluang dan Kerjasama", dengan tujuannya merancakkan pemulihan ekonomi global. Ini merupakan edisi fizikal yang pertama dalam sejarah Forum sejak tercetusnya wabak COVID-19.
Dimaklumkan, lebih 100 wakil dari seberang laut menyertai forum kali ini, yang merangkumi belasan sektor seperti tenaga dan perlombongan, kewangan dan insurans, maklumat dan telekomunikasi, pembuatan kelengkapan, pengeluaran biofarmaseutikal, produk penggunaan dan perkhidmatan kauseling.
Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2023 yang dianjurkan bersama oleh Pusat Pembangunan dan Pengajian Dewan Negara dengan Yayasan Penyelidikan Pembangunan China itu merupakan edisi ke-23 dalam sejarahnya yang bermula tahun 2000.
- GAMF Fokus Tindak Balas terhadap Perubahan Landskap Dunia
- China Optimis Capai Matlamat Peningkatan Ekonomi
- Ekonomi China Terus Kembali Rancak
- Moody Naikkan Unjuran Ekonomi China
- Pemulihan Ekonomi China Kondusif bagi Pertumbuhan Ekonomi Korea Selatan
- “Ekonomi Cinta” Rangsang Penggunaan
- Jumlah Penumpang Catat 41 Juta pada Hari ke-37 Musim Pengangkutan TBC
- Goldman Sachs: Ekonomi China Pulih Cepat Rangsangan Pertumbuhan Ekonomi Dunia
- Sektor Korporat Britain Optimistik Ekonomi China
- Kedai Bebas Cukai Luar Pesisir di Hainan Catat Jualan Tinggi Sempena Cuti TBC