99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

PM Li Bakal Hadir Dialog "1+10" Bersama 10 Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa

(CRI)Sabtu 07 Disember 2024

Perdana Menteri China, Li Qiang akan menghadiri Dialog "1+10" yang dijadual diadakan di Beijing pada pagi 9 Disember bersama ketua-ketua dari sepuluh pertubuhan ekonomi antarabangsa.

Antara ketua-ketua pertubuhan antarabangsa yang turut hadir termasuk Presiden Bank Pembangunan Baharu (NDB), Dilma Rousseff, Presiden Bank Dunia Ajay Banga, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala, Setiausaha Agung Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Rebeca Grynspan, Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Gilbert F. Houngbo, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Mathias Cormann, Pengurus Besar Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa (BIS), Agustín Carstens, serta Pengerusi Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB), Klaas Knot dan Presiden Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), Jin Liqun.

Para hadirin akan bersama-sama bertukar-tukar pandangan mengenai tiga topik utama, iaitu "Rebut peluang dalam transformasi, galakkan peralihan dan pertumbuhan ekonomi dunia”, "Kekalkan amalan multilateralisme, gerakkan pembaharuan sistem tadbir urus ekonomi sejagat", dan "China terus memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan secara menyeluruh, mencipta prospek pembangunan modenisasi yang cerah".

Video

Berita Berkaitan