- Lain-lain
Pelaburan Asing Terus Meningkat di China
Penggunaan sebenar modal asing di China kekal pada paras tinggi dalam tempoh Januari hingga November tahun ini.
Perusahaan asing terus meningkatkan pelaburan di China susulan mereka optimis terhadap kelebihan pasaran dan prospek pembangunan ekonomi negara ini.
Menurut data terkini Kementerian Perdagangan, penggunaan sebenar modal asing oleh China melebihi 1.04 trilion yuan (RM680 bilion) dalam tempoh tersebut.
Antaranya 386.65 bilion yuan (RM251.14 bilion) dilaburkan dalam industri berteknologi tinggi, menyumbang 37.2 peratus daripada keseluruhan pelaburan asing yang diterima.
Angka itu menyaksikan peningkatan sebanyak 1.1 mata peratusan berbanding 2022.
Untuk tempoh sama, penggunaan sebenar pelaburan asing dalam sektor pembuatan kelengkapan perubatan dan instrumen serta peralatan elektronik dan komunikasi masing-masing menokok 27.6 peratus dan 5.5 peratus.
Dalam sektor perkhidmatan pula, penerimaan pelaburan asing dalam industri pembinaan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan reka bentuk masing-masing naik 32.8 peratus dan 9.1 peratus.
- Pelaburan Asing di China pada 2022 Naik 5%
- PM Li: Pasaran Besar China yang Terbuka Pasti akan Tawarkan Lebih Banyak Peluang kepada Syarikat Asing
- Penggunaan Sebenar Modal Asing Naik 6.3%
- Nilai Kontrak Pelaburan Asing di China Meningkat 9.9%
- China Kekal Tumpuan Pelaburan Syarikat Asing
- Pelabur Asing Tetap Optimistik terhadap Pasaran China
- China Komited Terus Mudahkan Pelaburan Asing