99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Punya Daya Tarikan Kuat bagi Syarikat Global

(CRI)Rabu 27 Disember 2023
China Punya Daya Tarikan Kuat bagi Syarikat Global
Di Kilang Pintar Global Lotus di bandar Wuhan, pekerja kelihatan sedang bekerja di talian pemasangan.

Laporan Pembangunan China 2023 yang dikeluarkan Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Dewan Negara di Beijing pada Isnin lalu membuat rumusan secara sistematik tentang pelbagai kelebihan pembangunan ekonomi China.

Laporan itu mendapati bahawa kelebihan ekonomi berskala besar kian besar dan menjadi keunggulan yang paling ketara dalam pembangunan ekonomi, sekali gus merangsang inovasi dan pembangunan ekonomi China dalam pelbagai sektor.

Sementara itu, ekonomi China sudah berintegrasi dalam sistem ekonomi global. China memperkasakan keterbukaan, mempunyai banyak peluang pelaburan dan pulangan pelaburan di negara ini juga amat baik, dan ini menjadi daya tarikan yang kuat kepada syarikat dari pelbagai negara. Peranan China sebagai penstabil hubungan ekonomi dan perdagangan dunia semakin ketara.

Di Shanghai pada 6 November 2023, pengunjung di ruang pameran kenderaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE).

Video

Berita Berkaitan