- Lain-lain
Penggembala Unta di Xinjiang Manfaatkan Teknologi Maju
Di kaunti Bohu yang terletak di Wialayah Autonomi Uygur Xinjiang China, para penggembala kini mampu mengedalikan unta masing-masing secara jarak jauh dengan memanfaatkan teknologi maju.
Foto memperlihatkan kawanan unta di kaunti Bohu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China. (Foto daripada Chinanews.com)
Seorang penggembala dari Tasik Bosten di kaunti itu telah meletakkan cip penentududukan satelit pada unta utama kawanan untuk memantau lokasi masa nyata dan aktiviti menerusi telefon pintar dari rumah.
Ia sekali gus telah meningkatkan kecekapan pengurusan unta dengan ketara. Malah, ramai penggembala di kaunti tersebut turut menggunakan teknologi dron yang sama untuk menggembala unta.
Foto memperlihatkan kawanan unta di kaunti Bohu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China. (Foto daripada Chinanews.com)
Menurut penggembala tersebut, dia mula menggunakan penentududukan satelit sekitar lima ke enam tahun lalu, dan kini dia telah menambah peralatan baharu iaitu dron.
Tambahnya, dengan penggunaan dron, ia membolehkannya mengesan unta di tempat yang tidak mampu dijejakinya.
Ketika ini, angka unta di kaunti itu telah melebihi 2,000. Pada tahun-tahun mutakhir ini kaunti tersebut aktif membangunkan industri unta dengan memanfaatkan kelebihan tanah rumput semula jadi, dan aktiviti menternak unta turut menjadi perniagaan yang lumayan bagi penggembala tempatan.
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Suhu Turun Mendadak, Xinjiang Dituruni Salji
- Kashgar Giat Majukan Rantaian Industri Kapas
- Xinjiang, Dari Sudut Pandang Tiga Orang Muda
- Ulang Tahun ke-70 XPCC: Delegasi Pusat Tinjau di Bandar Baiyang dan Alaer
- Xinjiang Jadi Tempat Pelancongan Hangat bagi Pengembara Asing
- Ulang Tahun ke-70 XPCC: Galas Amanah Rintis Pembangunan Kawasan Sempadan
- Malam Gala Raikan Ulang Tahun ke-70 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang
- Ulang Tahun ke-70 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang: Teruskan Perjuangan demi Modenisasi Ala China
- Semakin Banyak Elektrik Bekalan Xinjiang Disalurkan ke Grid Nasional
- Jom Ke China | Kashgar, Pintu yang Menghubungkan Dunia Timur Dan Barat