- Lain-lain
Ulang Tahun ke-70 XPCC: Galas Amanah Rintis Pembangunan Kawasan Sempadan
Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang (XPCC) yang menggalas amanah rakyat telah memberi sumbangan besar dalam merintis jalan pembangunan di kawasan sempadan.
Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China, He Lifeng dalam persidangan meraikan ulang tahun ke-70 XPCC di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa di bandar Urumqi, wilayah Xinjiang pada Isnin.
He yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China mengetuai satu delegasi pusat ke Xinjiang sempena ulang tahun ke-70 XPCC. Setelah mengucapkan tahniah dan memberi penghargaan tinggi kepada warga XPCC dari pelbagai etnik bagi pihak-pihak berkuasa pusat dengan diamanahkan oleh Presiden Xi Jinping, beliau memanjatkan rasa kesyukuran dan menzahirkan harapan seperti berikut:
“XPCC perlu berusaha untuk mengekalkan kestabilan sosial di Xinjiang yang merupakan komponen penting dalam keselamatan negara, memacu pembangunan perindustrian, sains dan teknologi yang berkualiti, dan mencetuskan fenomena yang rancak dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang sejajar dengan pembinaan 'saluran emas' dan 'pangkalan utama' yang menghubungkan Asia dengan Eropah.
“XPCC juga perlu bersatupadu untuk mendorong pembinaan komuniti bangsa China, menambah elemen baharu kepada imej sendiri yang terkait dengan visi dan misi yang diamanahkan rakyat, dan memainkan peranan yang lebih besar dalam memperjuangkan matlamat pembinaan Xinjiang ke arah yang lebih indah dan pelaksanaan keseluruhan skim pembangunan tempatan,” kata Naib Perdana Menteri.
- Malam Gala Raikan Ulang Tahun ke-70 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang
- Ulang Tahun ke-70 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang: Teruskan Perjuangan demi Modenisasi Ala China
- Semakin Banyak Elektrik Bekalan Xinjiang Disalurkan ke Grid Nasional
- Jom Ke China | Kashgar, Pintu yang Menghubungkan Dunia Timur Dan Barat
- Pupuk Lebih Banyak Kader Berkaliber untuk Xinjiang - Xi
- Laluan Penerbangan Kargo Urumqi-Katowice Beroperasi
- Tenaga Elektrik Mencukupi Jamin Pengeluaran Tenusu Dipercepatkan di Urumqi
- Xinjiang Buka Lapangan Terbang ke-27
- Jumlah Penumpang Catat Rekod Tertinggi di Xinjiang
- Laluan Penerbangan Pengangkutan Kargo Urumqi-Tbilisi Mula Beroperasi