- Lain-lain
Ulang Tahun ke-70 XPCC: Delegasi Pusat Tinjau di Bandar Baiyang dan Alaer
Naib Perdana Menteri China, He Lifeng mengetuai satu delegasi pusat membuat tinjauan di bandar Baiyang yang merupakan tapak penempatan Divisyen ke-9 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang (XPCC) dan bandar Alaer yang merupakan tapak penempatan Divisyen pertama XPCC pada petang Selasa.?
Delegasi pusat itu terlebih dahulu mendatangi Balai Pameran tentang Jasa Pengawal Sempadan Wei Deyou, untuk menziarahi Wei Deyou yang merupakan pemegang "Pingat 1 Julai," dan mengunjungi pameran berhubung kisah beliau dalam tempoh perkhidmatannya sebagai pengawal keselamatan sempadan.
Seterusnya, delegasi pusat itu mengadakan tinjauan di ibu pejabat projek pembinaan bandar Baiyang untuk mendapat maklumat tentang pelan induk, perancangan projek, penyelarasan yang bersepadu dalam menggalakkan pemodenan di bandar Baiyang dan bandar Tacheng, beserta perkembangan perdagangan XPCC dalam pasaran domestik dan antarabangsa.
He Lifeng menegaskan bahawa usaha perlu dibuat untuk membina bandar moden yang bercirikan XPCC yang sejajar dengan pembinaan pangkalan utama 'jalur ekonomi Jalan Sutera' yang menyasarkan pasaran Asia Barat dan Eropah, selain meningkatkan penyelarasan dan sokongan terhadap pembinaan bandar yang bertunjangkan XPCC, menambahbaikkan sistem perancangan, mengoptimumkan lagi landskap perbandaran, dan secara aktif mendorong urbanisasi baharu yang berpaksikan rakyat.
Delegasi pusat itu juga mengadakan tinjauan di tapak operasi memetik kapas kendalian Kompeni ke-18 Rejimen ke-10 Divisyen pertama XPCC di bandar Alaer, dan mendapat pendedahan tentang keadaan pengeluaran pertanian moden dan pembuatan jentera dan kelengkapan pertanian. Para anggota delegasi turut menyaksikan operasi memetik kapas berdasarkan penggunaan mesin.
- Xinjiang Jadi Tempat Pelancongan Hangat bagi Pengembara Asing
- Ulang Tahun ke-70 XPCC: Galas Amanah Rintis Pembangunan Kawasan Sempadan
- Malam Gala Raikan Ulang Tahun ke-70 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang
- Ulang Tahun ke-70 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang: Teruskan Perjuangan demi Modenisasi Ala China
- Semakin Banyak Elektrik Bekalan Xinjiang Disalurkan ke Grid Nasional
- Jom Ke China | Kashgar, Pintu yang Menghubungkan Dunia Timur Dan Barat
- Pupuk Lebih Banyak Kader Berkaliber untuk Xinjiang - Xi
- Laluan Penerbangan Kargo Urumqi-Katowice Beroperasi
- Tenaga Elektrik Mencukupi Jamin Pengeluaran Tenusu Dipercepatkan di Urumqi
- Xinjiang Buka Lapangan Terbang ke-27