99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Wartakan Garis Panduan Pergiatkan Penggunaan TBB

(CRI)Khamis 31 Oktober 2024

Enam badan kerajaan China termasuk Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Industri dan Teknologi Informasi, Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar-Desa, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pentadbiran Sumber Tenaga Negara dan Jabatan Pentadbiran Data Negara semalam bersama-sama mengumumkan garis panduan tentang mempergiatkan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini.

Menurut matlamat yang terkandung dalam garis panduan tersebut, China akan mencapai kemajuan yang proaktif dalam penggunaan TBB melibatkan pelbagai sektor utama sepanjang tempoh pelaksanaan "Rancangan Lima Tahun Ke-14", mewujudkan penggunaan TBB yang bersamaan dengan penggunaan arang batu standard sebanyak 1.1 bilion tan ke atas di seluruh negara pada 2025, membentuk landskap pengeluaran dan membina fasiliti untuk hidup harian yang mengutamakan penggunaan TBB sepanjang tempoh pelaksanaan "Rancangan Lima Tahun Ke-15", dan mewujudkan penggunaan TBB yang bersamaan dengan penggunaan arang batu standard sebanyak lebih 1.5 bilion tan di seluruh negara pada 2030.

Kesemua ini dipercayai akan memberi sokongan kuat dalam memperjuangkan matlamat menjadikan pelepasan karbon dioksida mencapai puncak seawal mungkin.

Video

Berita Berkaitan