99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

34 Negara Jadi Anggota kepada Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga BRI

(CRI)Khamis 24 Oktober 2024

Rancangan Tindakan Kerjasama Sumber Tenaga Hijau "Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI) 2024-2029 telah diumumkan dalam Mesyuarat Menteri Sumber Tenaga BRI ke-3 yang diadakan di sini semalam.

Sejak BRI yang menekankan pembinaan bersama dikemukakan pada 11 tahun lalu, China telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan lebih 100 buah negara dan kawasan dalam sektor sumber tenaga hijau. Kini, terdapat 34 negara telah menjadi anggota kepada Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga BRI, pendekatan China tentang tata kelola sumber tenaga dalam senario global yang memfokuskan pada keselamatan dan transformasi penggunaan sumber tenaga.

Seorang pegawai dari Pejabat Am Sekretariat Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga BRI, Hu Ming berkata, lebih 80% kelengkapan fotovoltaik dan 70% kelengkapan janakuasa angin di seluruh dunia merupakan produk buatan China, yang dilihat sebagai sumbangan besar kepada transformasi karbon rendah dalam penggunaan sumber tenaga dan pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) dalam senario global, dan berperanan besar dalam membantu menurunkan 60% kos janakuasa fotovoltaik dan 80% kos janakuasa tenaga angin bagi setiap kWh pada tempoh sedekad yang lalu.

Menurut rancangan tersebut, pada masa lima tahun akan datang, pelbagai negara anggota akan bersama-sama meningkatkan keterjaminan dalam bidang keselamatan sumber tenaga hijau, di samping terus meneroka dan membina wahana kerjasama antarabangsa tentang pengajian sumber tenaga bersih serta meningkatkan pembinaan keupayaan dalam sektor sumber tenaga hijau.

Video

Berita Berkaitan