99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Negara Peneraju Sektor Tenaga Hijau

(CRI)Jumaat 19 Januari 2024

Kedudukan China sebagai negara peneraju dalam sektor sumber tenaga hijau kekal kukuh, dan kejayaan serta pengalamannya patut dipelajari negara lain.

Demikian dikatakan Ketua Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol semasa menerima wawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) dalam sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2024 untuk mentafsirkan topik-topik melibatkan peralihan penggunaan sumber tenaga hijau global dan peningkatan kerjasama antarabangsa.

Statistik berkenaan mendedahkan bahawa setakat penghujung 2022, penggunaan sumber tenaga bukan fosil di China telah mencatat 17.5% keseluruhan penggunaan sumber tenaga, manakala kapasiti penjanaan elektrik berdasarkan sumber tenaga kitar semula pula mencapai 1.213 bilion kilowat. Menurut data terkini, China mempunyai kenderaan elektrik bateri (BEV) yang terdaftar sebanyak 20.41 juta unit pada masa sekarang.

Birol berpendapat bahawa China bukan sahaja membudayakan penggunaan sumber tenaga hijau dalam negerinya, malah menawarkan pakej penyelesaian tentang pembangunan sumber tenaga hijau kepada masyarakat antarabangsa.

Birol berkata, IEA dan China, salah satu anggota penting pertubuhan itu, mencapai hasil yang menonjol dalam kerjasama tenaga bersih seperti tenaga solar serta tenaga angin, dan kerjasama dalam pelbagai industri melibatkan BEV. Beliau menegaskan bahawa melalui bantuan dan penyelarasan yang dipergiatkan China, IEA telah menentukan siri matlamat baharu sumber tenaga kitar semula dalam Persidangan Perubahan Iklim PBB ke-28.

Video

Berita Berkaitan