99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi, Khurelsukh Tukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-75 Hubungan Diplomatik China-Mongolia

(CRI)Rabu 16 Oktober 2024

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Mongolia, Ukhnaa Khurelsukh bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China- Mongolia pada Rabu.

Xi berkata China dan Mongolia merupakan jiran baik. Mongolia pula antara negara yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China.

Beliau berkata, sejak jalinan hubungan diplomatik pada 75 tahun yang lalu, kedua-dua negara sentiasa berusaha menyuburkan persahabatan dan hubungan jiran baik, memperkukuh kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

"Saya mementingkan perkembangan hubungan China-Mongolia, dan bersedia bersama dengan tuan untuk mendorong hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara kita berkembang mampan," kata Xi.

Khurelsukh pula menyatakan bahawa dalam tempoh 75 tahun lepas, kedua-dua negara mengembangkan persahabatan, memperkukuh kepercayaan dan telah membina perkongsian strategik komprehensif yang memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.

"Saya bersedia bersama Presiden Xi untuk menyelaraskan strategi Jalan Rumput dengan Inisiatif Jalur dan Laluan demi pembangunan bersama kedua-dua negara," kata Khurelsukh.

Video

Berita Berkaitan