99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, Mongolia Disaran Bersinergi Majukan Pemodenan

(CRI)Rabu 28 Jun 2023

China dan Mongolia disaran terus meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dan bersinergi memajukan pemodenan.

Saranan itu diajukan Presiden China Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri Mongolia Luvsannamsrai Oyun-Erdene di Beijing pada petang Selasa.

Xi berkata China akan terus mengukuhkan kesalinghubungan dengan Mongolia, di samping menggerakkan pembinaan Koridor Ekonomi China-Mongolia-Rusia (CMREC) dan memantapkan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Beliau turut menyatakan kesediaan China menjalankan kerjasama dengan Mongolia dalam usaha memerangi desertifikasi, dan terus menyokong kempen penanaman pokok 'Billion Trees' yang diusahakan negara itu.

Oyun-Erdene pula berkata pihaknya ingin merapatkan jalinan kerjasama dengan China, menjayakan pembangunan berkualiti BRI, di samping mendorong kesalinghubungan membabitkan landasan kereta api rentas negara serta pelabuhan dan pintu sempadan.

Beliau menyarankan supaya kedua-dua negara memperdalam kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga, pembangunan hijau, antirasuah dan sebagainya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan