99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, Mongolia Perkasakan Perkongsian Strategik Komprehensif pada Era Baharu

(CRI)Selasa 29 November 2022

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Mongolia, Ukhnaagiin Khurelsukh di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 28 November.

Xi dalam ucapannya memberitahu, China dan Mongolia merupakan negara jiran penting, mempunyai hubungan kerjasama dan persahabatan jiran baik dalam jangka panjang, dan ia bersesuaian dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara.

“Dengan berpegang teguh pada prinsip mesra, ikhlas, sama menang dan inklusif, China akan bersahabat dengan negara-negara jiran, termasuk Mongolia.

“Kedua-dua pihak berganding bahu membendung wabak, tolong-menolong dan menyemarakan persahabatan tradisional kedua-dua negara.

“Kerjasama dan komunikasi kedua-dua negara yang semakin diperluas menjadi teladan hubungan diplomatik antarabangsa,” ujar beliau.

Kedua-dua pemimpin itu bersependapat bahawa pertemuan pemimpin negara dan kerajaan secara fizikal tatkala wabak COVID-19 yang belum reda memaparkan tahap hubungan dua hala yang tinggi.

Mereka dengan sebulat suara bersetuju untuk memainkan peranan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mempertingkat kesalingpercayaan strategik kedua-dua negara.

Turut difahamkan, Xi dan Khurelsukh akan menyelerasakan dan memperkasakan dialog dan pertukaran lawatan antara jabatan legislatif, kerajaan, parti politik, pertahanan dan kerajaan pelbagai peringkat, menyediakan sokongan kepada kerjasama dua hala dari segi undang-undang serta dasar.

Pada masa sama, kedua-dua negara akan menumpukan kepada pemulihan ekonomi pasca wabak, mengambil kesempatan penggabungan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Strategi Pembangunan ‘Jalan Rumput’ Mongolia, Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dengan ‘Dasar Rejuvenasi Baharu’ Mongolia, Strategi Pembangunan ‘Dua Langkah’ China dengan Dasar Pembangunan ‘Visi 2050’ Mongolia.

China dan Mongolia juga akan mengintensifkan kerjasama bilateral dalam perdagangan, pelaburan, kewangan, perlombongan, tenaga, infrastruktur, ekonomi digital, serta pembangunan hijau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan