- Lain-lain
Tren Kargo Khas Hantar Kereta China ke Negara Asia Tengah
(CRI)Jumaat 11 Oktober 2024
Sebuah tren kargo membawa 261 automobil buatan China berlepas dari Zon Bebas Komprehensif Urumqi menuju ke Kazakhstan, pada Khamis.
Ini kali pertama automobil China dari Zon Bebas Komprehensif Urumqi dieksport ke negara Asia Tengah melalui tren kargo khas.
Pelepasan kastam cara pengangkutan ini hanya mengambil dua hingga tiga hari, berbanding 15 hari menggunakan pengangkutan jalan raya sebelum ini.
Tren kargo khas itu dirancang berjalan seminggu sekali dan dijangka15,000 automobil komersial akan dieksport ke luar negara melalui pengangkutan ini sepanjang tahun 2024.
Untuk rekod, Zon Bebas Komprehensif Urumqi telah mengeksport 3,882 automobil buatan China pada lapan bulan pertama tahun ini, kebanyakannya dijual ke Kazakhstan dan Rusia.
- Laluan Penerbangan Kargo Urumqi-Katowice Beroperasi
- Penerbangan Pengangkutan Kargo Urumqi-Barat Daya England Beroperasi
- Import Eksport Perdagangan Kargo China Tingkat 1.2%
- Jumlah Hantaran Perkhidmatan Kurier China Cecah 120 Bilion
- Pelabuhan China Catat Truput Kontena Tertinggi
- Pengangkutan Kargo Jalan Raya Bahagian Barat China Naik Sekali Ganda
- Lebih 100,000 TEU Dihantar melalui Rel Kargo Xiamen-Eropah
- Terminal Kargo Timur Lapangan Terbang Hangzhou Mula Operasi
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang