- Lain-lain
Import Eksport Perdagangan Kargo China Tingkat 1.2%
Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) hari ini mengumumkan, jumlah import eksport perdagangan kargo China pada bulan November meningkat 1.2% berbanding tempoh sama tahun lepas, dengan mencatat RMB3.7 trilion (RM2.4 trilion). Ini menunjukkan trend perdagangan luar China yang kekal stabil dan baik.
Menurut statistik GACC, dalam perangkaan yang hampir separas dengan tempoh sama tahun lepas itu, jumlah eksport meningkat 0.3% dengan merekod RMB21.6 trilion (RM14.1 trilion), manakala jumlah import menurun 0.5%, mencatat RMB16.36 trilion (RM10.69 trilion).
Data daripada GACC menunjukkan lagi, jumlah import eksport dengan ASEAN, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) pada bulan November yang masing-masing menokok RMB584.39 bilion (RM382 bilion), RMB441.66 bilion (RM288 bilion) dan RMB414.9 bilion (RM271 bilion), menempati 38.9% keseluruhan import eksport China.
Sementara itu, jumlan import eksport China dengan negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencecah sebanyak RMB1.72 trilion (RM1.12 trilion), manakala perdagangan import eksport China dengan Amerika Latin, Afrika dan lima negara Asia Tengah kekal kondusif dengan masing-masing meningkat 9.3%, 8.4% dan 43%.