99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Lebih 100,000 TEU Dihantar melalui Rel Kargo Xiamen-Eropah

(CRI)Rabu 02 Ogos 2023

Perkhidmatan rel kargo China-Eropah dari Xiamen menghantar barang eksport berjumlah 100,009 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), dengan nilai mencecah USD4.5 bilion (RM20.4 bilion) sejak ia mula beroperasi pada Ogos 2015.

Sebagai rel kargo antarabangsa pertama yang bertolak dari zon rintis perdagangan bebas, ia turut mendapat sambutan baik bagi operasi pengangkutan membabitkan lebih 1,000 jenis barangan.

Antara yang dibawa menerusi rel kargo itu termasuk produk elektronik, mesin, barang kegunaan harian, ubat-ubatan dan kereta tenaga baharu.

Sebagai hasil ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), perkhidmatan rel kargo yang menghubungkan China dengan Eropah menjadi medium untuk mewujudkan kesalinghubungan antara negara-negara terlibat.

Disambung dengan laluan kapal kargo 'Silk Road Shipping', perkhidmatan pengangkutan dari Xiamen itu semakin cekap sekali gus melengkapkan jaringan logistik antarabangsa membabitkan rel dan laut.

Difahamkan, Xiamen juga menjadi tempat transit bagi penghantaran kargo yang dikendalikan beberapa negara Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Dengan transit di bandar itu, masa pengangkutan kargo dari negara berkenaan ke Eropah dipendekkan kepada 20 hari berbanding lebih 30 hari pada masa dahulu.

Berita Berkaitan