- Lain-lain
Dialog Kerajaan Malaysia, CEO China Diadakan di Nanning
(Foto ihsan CCPIT Guangxi dan diterbitkan oleh gxnews.com.cn)
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-21 serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) membuka tirai di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada 24 September. Pada masa yang sama, dialog meja bulat antara kerajaan Malaysia dan ketua pegawai eksekutif syarikat China diadakan.
Dialog interaktif berkenaan menumpukan kerjasama melibatkan tenaga hijau, ekonomi digital, industri pembuatan dan perkhidmatan kewangan dengan CEO dari lima syarikat China iaitu China Energy Engineering Group Co., Ltd. (CEEC), Huawei Technologies Co., Ltd., Shenzhen Capchem Technology Co., Ltd., Chery Automobile Co., Ltd. and Huatai Financial Holdings (Hong Kong) Limited.
Menurut Zhang Shaogang, Naib Presiden Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), usaha sama China dan Malaysia bagi projek-projek di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti “dua negara, dua taman” berjalan lancar. Zhang berharap usahawan dari kedua-dua negara boleh merebut peluang ini, menerokai potensi kerjasama dari sudut baharu untuk mendorong penyelarasan BRI dengan Ekonomi Madani Malaysia.
Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke berpendapat bahawa Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan projek utama yang berpotensi besar di bawah BRI. Malaysia mengalu-alukan pelabur China mengambil bahagian secara langsung dalam pembinaan dan pengendalian projek itu serta pembangunan taman perindustrian dan hab logistik di sepanjang laluan ini.
Loke berkata, Malaysia komited untuk membina industri dengan pertumbuhan pesat dan nilai tinggi. Kini, Malaysia telah mencapai kemajuan ketara dalam bidang reka bentuk susun atur litar bersepadu, kenderaan elektrik, pembuatan bateri dan panel solar. Malaysia juga memfokuskan pengangkutan hijau dan ekonomi hijau. Pandangan positif syarikat China terhadap pasaran Malaysia terbukti daripada pelaburan mereka dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan pembinaan infrastruktur digital. Loke berharap Malaysia dan China terus mengekalkan kerjasama dalam bidang utama termasuk pendigitalan, pembangunan mampan dan pemindahan teknologi.
Kira-kira 150 wakil dari kerajaan serta syarikat China dan Malaysia menghadiri dialog meja bulat ini.
- China Mahu Bersama ASEAN Optimumkan Peranan Platform CAEXPO
- Ding Xuexiang Bakal Hadir Perasmian CAEXPO ke-21
- Ekspo China-ASEAN ke-21 Bakal Dirasmikan 24 Sept
- Sesi Pemadanan Perniagaan B2B China-Malaysia Saksi Terjalinnya Kerjasama Import dan Eksport Durian
- Mengapa Pelajar Malaysia Pilih Universiti China?
- Malaysia Komited Promosi Pendidikan Secara Lebih Efisien pada CAECW Tahun Depan
- Tianjin Sambut Buah Nangka dari Malaysia
- MOTAC: Pelancong China Melonjak 1.9 Kali Ganda
- Malaysia Bakal Tambah Tren dari China secara Pajak
- Malaysia Jadi Negara Tetamu Kehormat CAEXPO ke-21