- Lain-lain
Malaysia Komited Promosi Pendidikan Secara Lebih Efisien pada CAECW Tahun Depan
Konsul Jeneral Malaysia di Nanning, Ahmad Phadil Ismail menerima wawancara eksklusif People’s Daily Online semasa Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN 2024, pada 21 Ogos 2024, di Guiyang, Provinsi Guizhou, China. (Wang Jing/People’s Daily Online)
Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN (CAECW) 2024 anjuran brersama antara Kementerian Luar China, Kementerian Pendidkan dan Kerajaan Tempatan Provinsi Guizhou secara rasminya melabuhkan tirainya pada Ahad.
Konsul Jeneral Malaysia di Nanning, Ahmad Phadil Ismail ketika diwawancara eksklusif oleh People’s Daily Online menzahirkan harapan untuk menyertai penganjuran CAECW edisi yang seterusnya, selain menyatakan komitmen Malaysia untuk memberikan sumbangan terhadap acara tersebut.
“Kita akan turut serta dan membuat libat urus dengan China selaku penganjur bagi membuat perancangan yang lebih baik untuk acara ini pada tahun depan, sekali gus mempromosi pendidikan secara lebih efisien,” ujar beliau sambil menyifatkan CAECW sebagai platform yang baik bagi tenaga pengajar untuk menerokai bidang pendidikan secara lebih lanjut.
Dalam pada itu, ketika menyentuh mengenai peranan belia terhadap masa depan China-ASEAN, Ahmad Phadil berpendapat bahawa penglibatan golongan itu adalah penting untuk memastikan kedua-dua pihak dapat terus maju ke hadapan.
“Penglibatan golongan belia (dalam CAECW) adalah baik, dan saya percaya kita perlu libatkan mereka selaku generasi dan pemimpin masa depan serta duta bagi negara masing-masing. Kita akan lebih mudah untuk maju ke hadapan sekiranya kita mempunyai hubungan dan kefahaman yang lebih baik,” tambah beliau.
Pengarah Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di China, Sallehuddin Mohd Dilif menerima wawancara eksklusif People’s Daily Online semasa Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN 2024, pada 21 Ogos 2024, di Guiyang, Provinsi Guizhou, China. (Wang Jing/People’s Daily Online)
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di China, Sallehuddin Mohd Dilif yang turut hadir pada CAECW 2024 melontarkan padangan bahawa China merupakan tempat sesuai bagi mahasiswa dari Malaysia untuk mengembangkan bakat pelajar dalam bidang Pendidikan dan Laithan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Jelas beliau, ia adalah berikutan status negara Tembok Besar yang kehadapan dalam bidang data raya, kecerdasan buatan dan automasi.
Difahamkan, China kini memberikan latihan percuma kepada pelajar malaysia yang datang untuk berkursus dalam bidang TVET di China, dengan lebih dua ribu kuota ditaja oleh pihak China.
Sallehuddin turut menyahut seruan Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu agensi kerajaan yang berperanan membantu gologan bumiputera di Malaysia untuk membawa lebih ramai pelajar dari golongan itu ke China.
Beliau berkata, dengan usaha itu, para pelajar bukan sahaja dapat menguasai bidang teknologi, malah turut dapat mempelajari bahasa Mandarin yang digunakan secara meluas.
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Semakin Erat Berkat Program "Lambaian Seribu Sekolah"
- Tianjin Sambut Buah Nangka dari Malaysia
- MOTAC: Pelancong China Melonjak 1.9 Kali Ganda
- Malaysia Bakal Tambah Tren dari China secara Pajak
- China, Malaysia Kerjasama Percepat Transformasi Hijau
- China, UNESCO Lanjutkan Program Biasiswa 'Tembok Besar'
- Tren Buatan China Siap, Sedia untuk Operasi di Malaysia
- Martabatkan Kuliah Etika & Patriotisme dalam Kurikulum Sekolah - Xi
- Armada Tentera Laut China Singgah di Malaysia
- Program STEM China Antara Terbaik di Dunia