- Lain-lain
Sinergi China-ASEAN Dari Perspektif Satelit
Ahli politik dan perniagaan dari China dan negara-negara rakan kongsi sekali lagi berhimpun di Guangxi untuk membincangkan kerjasama, susulan perasmian edisi ke-21 Ekspo China-ASEAN serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN.
Pada 2013, Presiden China Xi Jinping ketika berada di Indonesia menyarankan pembinaan komuniti berkongsi masa depan China-ASEAN yang lebih rapat. Sepanjang lebih 10 tahun ini, China dan ASEAN bekerjasama dengan ikhlas, saling membantu, saling untung, berkoordinasi serta bersikap inklusif, dan telah menempuh jalan persahabatan yang berteraskan semangat kejiranan baik, ke arah pembangunan dan kemakmuran bersama.
Mari kita ikuti perspektif satelit untuk menyaksikan perubahan nyata dalam kerjasama China-ASEAN.
Pelabuhan Teluk Beibu
Pada 2007, integrasi Pelabuhan Fangcheng, Pelabuhan Qinzhou dan Pelabuhan Beihai di Guangxi telah membawa kepada pembentukan Pelabuhan Teluk Beibu, mempelopori keterbukaan dalam kerjasama dengan ASEAN.
Pada 2023, jumlah kontena yang dikendalikan di Pelabuhan Teluk Beibu melebihi 8 juta TEU untuk kali pertama, sekali gus mengekalkan pertumbuhan dua digit untuk tujuh tahun berturut-turut. Pelabuhan ini juga tersenarai antara pelabuhan pesisir pantai utama di China dari segi kadar pertumbuhan.
Pelabuhan Kereta Api Antarabangsa Nanning
Pelabuhan Kereta Api Antarabangsa Nanning ialah sebuah hab penting di koridor darat-laut barat baharu. Operasinya telah memacu ketersambungan warga, logistik dan juga penyebaran maklumat antara China dengan ASEAN. Pada 2023, jumlah volum perdagangan import dan eksport melibatkan provinsi, kawasan dan bandar di sepanjang koridor darat-laut barat baharu melalui pelabuhan-pelabuhan di Guangxi mencecah 604.48 bilion yuan, melonjak 104.4 peratus berbanding 2017.
Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou
Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou yang terletak di Guangxi, dan Taman Perindustrian Malaysia-China yang terletak di Kuantan, masing-masing dibuka secara rasmi pada 2012 dan 2013. Inisiatif tersebut menandakan terlaksananya model baharu kerjasama “dua negara, dua taman”.
Kini, prasarana, fungsi dan kemudahan sokongan di sebelah Qinzhou beransur-ansur bertambah baik, membolehkan terbentuknya kluster produk bercirikan ASEAN seperti bioperubatan, maklumat elektronik, bahan tenaga baharu, sarang walet, durian, pemprosesan minyak sawit dan sebagainya. Sejak ditubuhkan 12 tahun lalu, Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou telah menyaksikan kemasukan lebih 249 projek yang melibatkan pelaburan melebihi 29.5 bilion yuan.
- China, ASEAN Mudahkan Mobiliti Keanggotaan
- CAECW 2024 Buka Tirai, Tawar Lebih 70 Aktiviti
- Peralihan Syarikat China ke Pembuatan Berteknologi Tinggi di ASEAN Beri Manfaat
- Wang Yi Ucap Tahniah kepada Minggu China-ASEAN
- Dialog Tadbir Urus Digital China-ASEAN di Guilin
- China dan Lima Negara ASEAN Adakan Kempen Antidadah 2024
- Kemajuan Guangxi dalam Pembinaan Hab Pengangkutan Berorientasikan ASEAN
- Ekspo Perdagangan China (Indonesia) ke-7 Dirasmikan
- Harap Kerjasama Asia Timur Terus Lakar Kemajuan Baharu: MFA
- Perkhidmatan Kereta Api-Laut Antarabangsa China Kendali 300 Ribu Kontena pada 2024