- Lain-lain
Peralihan Syarikat China ke Pembuatan Berteknologi Tinggi di ASEAN Beri Manfaat
Ketua pegawai kewangan Kumpulan United Overseas Bank (UOB), Lee Wai Fai pada Rabu menyatakan bahawa dorongan syarikat China ke rantau Asia Tenggara dijangka akan membawa manfaat terhadap seluruh rantau itu, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut beliau, trend tersebut bukan hanya memberikan kestabilan, malah turut menambah nilai susulan peralihan syarikat China daripada mencari buruh kos rendah kepada membangunkan pembuatan berteknologi tinggi dan pangkalan pengguna serantau yang sentiasa berkembang.
Lee berkata, antara faktor yang mendorong kepada langkah peralihan ke pembuatan berteknologi ialah ketersediaan pekerja mahir serta integrasi serantau dan rangkaian pengangkutan yang baik, dengan syarikat China telah menjadikan Malaysia sebagai hab manakala Thailand dan Singapura telah menjadi pengedar utama.
Timbalan pengerusi merangkap ketua pegawai eksekutif UOB, Wee Ee Cheong berkata trend mega dilihat memacu pertumbuhan serantau termasuk terhadap kepelbagaian rantaian bekalan, pendigitalan, pelepasan karbon sifar dan kelas pertengahan yang semakin meningkat.
"Dengan ini, rantau ini akan menjadi medan permainan yang dinamik untuk gelombang besar pembangunan seterusnya," katanya.
(Foto/Xinhua)
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Wang Yi Ucap Tahniah kepada Minggu China-ASEAN
- Dialog Tadbir Urus Digital China-ASEAN di Guilin
- China dan Lima Negara ASEAN Adakan Kempen Antidadah 2024
- Kemajuan Guangxi dalam Pembinaan Hab Pengangkutan Berorientasikan ASEAN
- Ekspo Perdagangan China (Indonesia) ke-7 Dirasmikan
- Harap Kerjasama Asia Timur Terus Lakar Kemajuan Baharu: MFA
- Perkhidmatan Kereta Api-Laut Antarabangsa China Kendali 300 Ribu Kontena pada 2024
- Program "China Up Close" Rakan Media ASEAN Dilancarkan di Hainan
- Pengecualian Visa Rancakkan Pelancongan Asia Tenggara
- Bursa ASEAN Kali Pertama Senaraikan Kontrak Niaga Hadapan Ikut Harga Penyelesaian Komoditi China