- Lain-lain
Kemajuan Guangxi dalam Pembinaan Hab Pengangkutan Berorientasikan ASEAN
Sebagai satu-satunya wilayah di China yang berhubung dengan negara-negara ASEAN di darat dan laut, Guangxi berperanan sebagai "jendela yang terbuka" dan hab pengangkutan logistik dalam kerjasama negara dengan ASEAN, rakan dagang terbesar bagi wilayah itu untuk 24 tahun berturut-turut. Kapasiti pemunggahan dan muatan kontena di pelabuhan Teluk Beibu di wilayah Guangxi mencecah 8 juta TEU setiap tahun, sedangkan perkhidmatan kereta api rentas sempadan laut merekod 9,000 perjalanan, hasil pelaksanaan skim pembinaan bersama laluan darat-laut baharu di kawasan bahagian barat China.
Dalam satu sidang media anjuran Jabatan Penerangan Dewan Negara China pada Rabu, seorang pegawai Guangxi memaklumkan bahawa wilayah itu telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu, misalnya sudah mempunyai sebanyak 10 industri perkilangan seperti mentalurgi dan automobil dan enam industri pertanian bercirikan tempatan seperti gula tebu dan buah-buahan, yang masing-masing bernilai RMB100 bilion (RM65 bilion) ke atas, sudah mempunyai 10,000 lebih perusahaan industri perkilangan yang besar, dan output ekonominya meningkat dari RMB1.13 trilion (RM734 bilion) pada tahun 2012 ke RMB2.72 trilion (RM177 trilion) pada tahun 2023.
Kini, Guangxi dilaporkan bertindak pantas menggerakkan pembinaan premis urus niaga yang mudah bagi kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa.
Pengerusi Guangxi, Lan Tianli dalam sidang media itu telah menggariskan beberapa perkara sebagai matlamat utama untuk fasa selanjutnya, iaitu memacu pembinaan Terusan Pinglu berdasarkan spesifikasi tinggi, mempercepat pembinaan landasan kereta api Huangtong-Baise, mendorong pembinaan pelabuhan Teluk Beibu yang bertaraf dunia, dan mempergiatkan pembinaan laluan darat-laut yang baharu yang menghubungkan Guangxi dengan ASEAN dengan menggunakan tempoh masa yang paling pendek, dilengkapi perkhidmatan terbaik dan harga yang paling murah sekali gus merancakkan landskap pembangunan yang berkualiti di kawasan sempadan yang didiami penduduk etnik minoriti.
- Presiden Xi Adakan Tinjauan di Bandar Nanning
- Tinjauan Xi di Guangxi Tumpu kepada Kerjasama China-ASEAN
- Lapangan Terbang Hainan Buka Lagi Enam Laluan
- Guangxi Lipat Ganda Usaha Kerjasama dengan ASEAN
- Dua Tahun RCEP, Kerjasama Rantai Industri China-ASEAN Makin Erat
- Bursa ASEAN Kali Pertama Senaraikan Kontrak Niaga Hadapan Ikut Harga Penyelesaian Komoditi China
- Pengecualian Visa Rancakkan Pelancongan Asia Tenggara
- Program "China Up Close" Rakan Media ASEAN Dilancarkan di Hainan
- Perkhidmatan Kereta Api-Laut Antarabangsa China Kendali 300 Ribu Kontena pada 2024
- Harap Kerjasama Asia Timur Terus Lakar Kemajuan Baharu: MFA
- Ekspo Perdagangan China (Indonesia) ke-7 Dirasmikan
- Fenomena Air Dua Warna di Tempat Temu Tiga Sungai
- Guangxi Dapat Durian Runtuh Daripada Kemasukan Barang, Pelancong
- Warna-warni Pantai Jintan di Guangxi
- Ribuan Orang Persembah Tarian Dalang Etnik Zhuang semasa Shuangjiang
- Persembahan Terbuka, Semarakkan Pelancongan Budaya di Guangxi
- Presiden Xi Lawat Bandar Laibin
- Xi Mahu Guangxi Tulis Babnya dalam Modenisasi Ala China
- Edisi Indonesia, Thai “Gendang Gangsa China-Asia Tenggara” Dilancar
- Jambatan Laut Terpanjang di Guangxi Terbentuk
- Kenali Kraf Tangan Naga Buluh Guangxi
- Guangxi Mahu Jadi Hab Dagang Antarabangsa
- Guilin Bakal Buka Penerbangan ke Surabaya
- “Tiga Tonggak Baharu” Tambah Baik Eksport Guangxi
- "Pesta Penggunaan 33" Akan Dilancarkan di Beijing
- “Bertaut Semula di China” | Nikmati Perkara Baharu Setiap Hari di Guangxi
- 'Pokok wang', Telur Itik Laut Cipta Peluang Pekerjaan di Guangxi
- Canton Fair ke-135 Buka Tirai Isnin Depan
- Guangxi Sambut Perayaan Tradisional Sanyuesan
- Semakin Ramai Pelancong dari Negara ASEAN Masuk China dari Guangxi