- Lain-lain
Tingkatkan Penyelarasan dengan China dari Segi Strategi Pembangunan - Putin
Rusia bersedia bersama dengan China melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin negara, meningkatkan penyelarasan dari segi strategi pembangunan, dan mendorong ikatan bilateral berkembang ke satu tahap baharu, dengan memanfaatkan peluang yang wujud dalam meraikan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik dengan China. Selain itu, Rusia bersedia berkerjasama dengan China menyatupadukan lebih banyak negara "Selatan Global" mendorong proses multipolar di persada dunia, dan membentuk tata kelola antarabangsa yang berasaskan keadilan dan perundangan.
Demikian dinyatakan Presiden Rusia, Vladmir Putin ketika menerima kunjungan Pengarah Jabatan Hal-ehwal Luar Parti Komunis China, Wang Yi di Saint Petersberg pada Khamis. Setelah meminta Wang Yi menyampaikan salam yang tulus ikhlas kepada Presiden Xi Jinping, Putin menyatakan beliau menanti-nantikan kehadiran China dalam Sidang Kemuncak pemimpin negara BRICS di Kazan, Rusia pada bulan depan.
Sementara itu, Wang Yi juga menyampaikan salam mesra dari Presiden Xi kepada Putin dan menyatakan, Perkongsian Strategik Komprehensif China-Rusia untuk Era Baharu yang berpandukan arahan strategik pemimpin kedua-dua negara berkembang dengan sihat dan stabil. Usaha kedua-dua pihak untuk meningkatkan kerjasama strategik, menentang amalan hegemoni dan pembulian sepihak dan menolak perlawanan antara kem yang berlainan, sejajar dengan arus zaman dan aspirasi bersama kebanyakan negara Selatan. China bersedia mengekalkan interaksi dengan Rusia dalam menyatupadukan lebih banyak negara untuk menggalakkan proses multilpolar di dunia ini.
Wang menambah, Sidang Kemuncak BRICS yang akan diadakan di Kazan itu merupakan yang pertama setelah pertubuhan itu menerima anggota baharu. China bersedia bersama dengan pelbagai rakan BRICS berintegriti melakukan kolaborasi, mempergiat proses multipolar dunia dalam suasana yang teratur, dan mendorong globalisasi ekonomi yang inklusif agar menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu Ukraine.
- China, Rusia Sepakat Tingkatkan Komunikasi Strategik
- China, Rusia Setuju Tingkatkan Motivasi Dalaman Kerjasama Bilateral
- China, Rusia Sedia Tingkatkan Kerjasama Saling Menguntungkan Dalam Seluruh Aspek
- Li Qiang Tiba di Moscow untuk Pertemuan PM China-Rusia
- Menteri Luar China, Rusia Bertemu di Vientiane
- Xi Ucap Tahniah Penganjuran Forum Perniagaan Tenaga China-Rusia
- Presiden Xi Bertemu Putin
- Han Zheng, Putin Hadir Ekspo China-Rusia ke-8
- Xi, Putin Hadir Rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
- Xi, Putin Bertemu Wartawan