99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Li Qiang Tiba di Moscow untuk Pertemuan PM China-Rusia

(CRI)Rabu 21 Ogos 2024

Perdana Menteri China, Li Qiang berlepas dari Beijing pada pagi Selasa menuju ke Moscow untuk menghadiri Pertemuan Berkala ke-29 Perdana Menteri China-Rusia dan membuat lawatan rasmi ke negara itu atas jemputan rakan sejawatnya dari Rusia, Mikhail Mishustin.

Pada sebelah petang, Li Qiang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo Moscow dengan menaiki pesawat sewa khas.

Setelah mendapat sambutan meriah dari pihak Rusia, Li berkata, Presiden kedua-dua negara China dan Rusia telah menetapkan hala tuju dan menggariskan gerak kerja yang strategik melalui pertemuan empat mata sebanyak dua kali sejak awal tahun ini, dengan menjadikan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara sebagai satu titik permulaan dalam sejarah yang baharu.

“Lawatan saya ke Rusia kali ini adalah untuk melaksanakan konsensus yang tercapai oleh pemimpin kedua-dua negara, mengekalkan persahabatan yang sudah diwariskan dari generasi ke generasi, dan memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan.

“Saya yakin, dengan usaha bersama kedua-dua pihak, perkongsian strategik dan penyelarasan komprehensif China-Rusia pada era baharu pasti mempunyai masa depan yang lebih cerah,” kata beliau.

Video

Berita Berkaitan