- Lain-lain
China, Rusia Sepakat Tingkatkan Komunikasi Strategik
China bersedia meningkatkan komunikasi strategik dengan Rusia demi memperkayakan konotasi strategik hubungan kedua-dua negara.
Ketua Pejabat Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi berkata demikian ketika menemui setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia Sergei Shoigu di sini, pada Selasa.
Dalam pertemuan itu, Wang mengatakan bahawa China dan Rusia mengekalkan komunikasi di pelbagai peringkat, melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, mengukuhkan asas politik dan sosial bagi hubungan jiran bersahabat, di samping memperkasakan kerjasama strategik komprehensif dan saling untung.
Beliau menegaskan bahawa China bersedia meningkatkan komunikasi strategik dengan Rusia, memaksimumkan peranan mekanisme perbincangan keselamatan strategik China-Rusia dan mekanisme mesyuarat perwakilan keselamatan BRICS untuk memperkayakan konotasi strategik hubungan kedua-dua negara.
Shoigu berkata pihaknya bersedia memperkasakan komunikasi strategik dan koordinasi dengan China untuk menjayakan sidang kemuncak BRICS yang bakal diadakan di Kazan pada bulan depan.
Wang dan Shoigu juga berkesempatan bertukar-tukar pendapat tentang krisis di Ukraine.
Wang menekankan bahawa China mempertahankan prinsip objektif dan adil dalam isu Ukraine dan akan terus berusaha untuk mendorong gencatan senjata dan penyelesaian krisis melalui cara politik dengan secepat mungkin.
- China, Rusia Setuju Tingkatkan Motivasi Dalaman Kerjasama Bilateral
- China, Rusia Sedia Tingkatkan Kerjasama Saling Menguntungkan Dalam Seluruh Aspek
- Li Qiang Tiba di Moscow untuk Pertemuan PM China-Rusia
- Menteri Luar China, Rusia Bertemu di Vientiane
- Xi Ucap Tahniah Penganjuran Forum Perniagaan Tenaga China-Rusia
- Presiden Xi Bertemu Putin
- Han Zheng, Putin Hadir Ekspo China-Rusia ke-8
- Xi Ucapkan Tahniah kepada Ekspo China-Rusia ke-8
- Xi, Putin Hadir Rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
- Xi, Putin Bertemu Wartawan